Sep 28, 2012

Makhluk Hijau Terbang?



Sesiapa yang pernah main Angry Bird, pasti tahu makhluk hijau pe dia. Yup, it's seekor pig. Rovio pembangun aplikasi permainan Angry Bird telah mereka games khas bagi karektor makhluk hijau tersebut yang dipanggil Bad Piggies. Games ni membolehkan pemain memainkan watak pig tersebut agar ia boleh terbang.

Menarik bukan? Cam mana nak bagi pig ni terbang? Cara bermainnya adalah player kena membina sebarang kenderaan yang boleh membantu pig terbang ke tempat yang dituju dengan selamat.
Saksikan video preview Bad Piggies di bawah:-


Untuk Android boleh didownload secara percuma, manakala edisi iPhone berharga $ 0.99 dan versi HD untuk iPad ditawarkan harga $ 2.99. Untuk pengguna Mac agak mahal harganya, iaitu $ 4,99.

Petri J√§rvilehto, Rovio’s EVP of Games menjelaskan keterujaan beliau pada pelancaran Bad Piggies bahawa:

“Where Angry Birds was all about destruction, Bad Piggies is all about the joy of construction,”
 


 
 
Bad Piggies boleh didownload di Google Play store, the Mac App Store, and the iOS App Store.
Sekian.

Sep 17, 2012

iPhone 5 paling terbaik?

 Apakah ciri yang mengatakan bahawa iPhone 5 ini merupakan iPhone terbaik yang Apple hasilkan?



Lebih Nipis, Ringan dan Besar
Skrin iPhone 5 telah diperbesarkan menjadi kepada saiz 4 inci. Kelebaran saiz ni membantu banyak aplikasi diletakkan kepada skrin utama. Ketebalan iPhone 5 dikurangkan kepada 18% dari iPhone 4, menjadikan saiz ketebalan iPhone 5 adalah 76mm, manakala berat iPhone 5 pula cuma 112 grams sahaja, kurang 20% dari sebelumnya.


Kualiti Skrin Lebih Baik
Apple bukan sahaja menambah saiz skrin, tetapi telah menambah resolusi skrin tersebut. Ia memiliki 326PPI, 1136×640-pixel Retina display, 18% lebih baik dari model iPhone 4. Ketinggian resolusi menunjukkan kualiti tinggi pada imej dan juga video yang dipaparkan.


Ada LTE
iPhone 5 bukan sahaja support teknologi GPRS, Edge, EV-DO, HSPA, HSPA+, DC-HSDPA, malahan teknologi LTE. LTE membolehkan perkongsian dan perhubungan data diakses dengan sangat pantas dan cekap. Tidak dilupakan juga WiFi, 802.11 a/b/g/n, n pada 2.4GHz dan 5Gh.


Processor Terpantas
Apabila sesebuah siri iPhone dihasilkan, processor juga turut dihasilkan. Pada iPhone 5 ini, Apple telah menglengkapkannya dengan processor terpantas, A6. Ia 2x lebih pantas dan 22% lebih kecil saiznya berbanding A5.


Kamera iPhone 5



3 Microphone
iPhone 5 memiliki 3 mic pada 1 bahagian bawah dan 2 pada bahagian atas bagi meningkatkan voice recognition dan mengurangkan 'noise'. Kualiti speaker juga telah disempurnakan bersama dengan rekabentuk yang baru.


8 Pin Dock Connector
Kabel connector 8pin telah digunakan bagi mengantikan 30pin connector pada model sebelumnya. Ia lebih tahan lasak, dan bersaiz kecil. Pertukaran ini kerana Apple ingin merubah tabiat pengguna supaya lebih mengaplikasikan teknologi tanpa wayar.


iOS 6
Dilengkapi sistem operasi terkini bagi phone, iOS 6 ternyata ia merupakan kelebihan utama. iOS 6 memiliki aplikasi lebih baik terutamanya aplikasi Siri, Facebook, Maps, FaceTime, Safari, Photo Streams, Mail, Passbook (aplikasi baru), dan Guided Access (aplikasi bantuan OKU).


Perbezaan iPhone 5 dan iPhone 4






Sep 16, 2012

Best Games Ever

Berikut merupakan games terbaik yang menjadi kegilaan masa dahulu :-)
 
1) Super Mario Bros
Lompat-lompat, pijak owg cendawan, mam cendawan besar twus gagah..ha3
 
 

2) Road Rash
Lumba moto paling keji, himpit2 jer jatuh twus. Pastu tertinggal jauh giler.


 

 

3) Mortal Combat
Game fight paling bez, siap lagu background yang masyuk sungguh.

 
 
 
4) Half Life
Game 1st person view paling best dan excited sebab leh tembak makhluk cam ketam yang suka melompat serang.
 
 
5) Starcraft
3 puak pilihan boleh pilih (cam manusia, cam makhluk asing, cam makhluk asing+manusia). 
 
 
6) The Sim
Sesuai pada gamerz yang xreti bersosial, leh membantu cam mane nak tackle pasangan.he2
 
 
 
7) Counter Strike
Terrorist vs Anti Terrorist. Best gune desert eagle and magnum. Memang terbaik!
 
 
 
 
8) Max Payne
Gune bullet time tembak musuh yang tiba-tiba jadi lembab cam siput..ha3

 
 
9) GTA 3 Vice City 
3rd person view game 18SG paling seronok men, curi keter cam kacang je..hik3
 
 
 
10) Mafia
Game ala-ala mafia zaman 1950 an tu, bawak keter paling laju pun 90km/j, aduhyai.
 
 
 
11) Call of Duty
Main game ni leh rase feel masa Perang Dunia ke-2, storyboard game terbaik punyer.
 
 
 
 
12)  Battlefield 1942
Satu lagi game perang yang syok men, leh jadi pihak Axis atau Allies
 
 
 
 
13) Tony Hawk Underground
Jadi skateboard player cam Tony Hawk and the geng, sluruh dunia jelajah pasal nak men skateboard je, tapi memang challenge lah.
 
 
14) Prince of Persia
Dengan adanya Sand Time, dengan senangyer musuh putera Persia dikalahkan..
 
 
 
15) Rise of Nations
Bina negara terkuat, kemudian g perang dengan negara lain untuk kembangkan empayar.
 
 
 
16) Max Payne 2
Sambungan Max Payne, lg best sebab ade Mona si awek cun. Max Payne jadi hensem plak,pelik.ha3
 
 


17) GTA 4 San Andreas
Sambungan GTA 3. Yang ini lagi cun grafik, lagi ganas, and lagi kuat mencuri yer. Awek2 ganas pun ade, siap leh shape body nak jadi tough.
 
 
 
18) Half Life 2
Ditemani doktor pompuan yang cun manis, bertambah semangat nak hapuskan makhluk2 yang  terlepas tu. Time to kill you, monster.
 
 
 
19) Halo 2
Game Microsoft buat yang gempak grafik yer.
 
 
 
 
 20) Need for Speed Underground: Most Wanted
Yang best bkn ye menang lwn keter, tapi lawan polis. Sampai ke cacing dier cari engko.
 
 
21) Splinter Cell
Umpama hantu dan halimunan, musuhnya ditumpaskan.
 
 
 
22) Hitman
Si botak yang ade barcode kat leher yang kejam.Salah satu scene ada misi kat KLCC, tapi peliknya penyambut tetamu cam owg Thailand lak. Musykil sungguh.
 

 
 
Banyak lagi best game ader pada masa tu, tapi mesti banyak masa terbuang je..ha3
 

 
 
 
 
 
 
 
 


Who is Tim Berners-Lee?




World Wide Web telah dicipta pada tahun 1990 oleh Tim Berners-Lee. Berners-Lee bekerja di European Particle Physics Laboratory (CERN) di Geneva, dan pada masa itu, tidak ada satu sistem operasi telah datang untuk menguasai pasaran. Oleh itu, saintis yang bekerja di CERN telah membawa masuk sistem komputer mereka sendiri, dan walaupun hakikat bahawa mereka telah bekerja bersama-sama memotong teknologi terkini, mereka tidak mempunyai cara sebenar untuk berkongsi data mereka dengan satu sama lain kecuali di atas kertas.

Dalam tahun 1960-an, para saintis di IBM dibangunkan Standard Generalized Markup Language (SGML), yang merupakan bahasa untuk mewujudkan bahasa-bahasa lain. Juga pada tahun 1960-an, penyelidik di Universiti Brown dan Stanford dibangunkan hiperteks, kaedah menghubungkan maklumat yang sama.

Berners-Lee membangunkan HTML dengan menggabungkan kedua-dua konsep: Beliau mengambil idea hiperteks dan digunakan melalui SGML. Beliau juga dibangunkan Hypertext Transfer Protocol (HTTP), yang membolehkan komputer dirangkaikan untuk pertukaran dokumen HTML, dan pelayar  / editor pertama, yang dipanggil WorldWideWeb, satu nama yang kemudiannya diterima pakai untuk keseluruhan sistem sekarang.

Kali pertama Berners-Lee menggunakan teknologi baru ini adalah pada Hari Krismas, 1990. Ia mengambil masa beberapa tahun untuk benar-benar digunapakai secara meluas, tetapi menjelang tahun 1995, syarikat baru seperti Yahoo! dan Amazon.com telah diasaskan, dan bersama-sama dengan pelayar Netscape, Web telah membantu memperkembangkan HTML dengan pantas.

Sumber: HTML,XML and CSS by Rob Huddleston (2008)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...