Teknologi internet memudahkan kita manusia menjalani kehidupan. Segalanya menjadi pantas dan senang. Pengguna internet kini lebih suka membeli barang atau menjalankan apa-apa trasaksi di atas talian (online). Ini disebabkan ia cepat dan boleh dilakukan di mana-mana tempat yang mempunyai capaian Internet. Namun setiap teknologi itu jika disalah guna ia akan membawa kemudaratan semula kepada pengguna.
Kelebihan Pembelian Melalui Internet
- Penjualan dan pembelian hanya dilakukkan terus melalui internet.
- Syarikat jualan boleh memasarkan produk mereka secara lebih meluas.
- Skop pasaran lebih luas jika produk diiklankan di internet.
- Urusan pembayaran boleh menerusi akaun bank secara online.
- Produk luar negara juga boleh dibeli jika tiada dalam pasaran tempatan. Hanya pesan melalui internet.
Trend beli-belah online.Sumber: Berita Harian |
Keburukan Pembelian Melalui Internet
Laman jual beli secara online. mudah.com.my |
- Terdapat transaksi jual beli online yang tidak memulangkan semula wang walaupun produk yang diterima tersebut tidak memuaskan hati pengguna.
- Bayaran telah dilakukan namun produk atau perkhidmatan tidak sampai ke pengguna.
- Sesetengah pembelian tiada resit atau bukti pembelian akan menyebabkan pengguna tidak boleh melakukan tebus semula (warranty).
- Maklumat penjual kadang-kadang tidak lengkap dan mengelirukan.
- Iklan dipamerkan hanya sebagai helah untuk menipu pengguna.
Oleh yang demikian pengguna yang ingin membeli barangan atau perkhidmatan di internet perlulah memastikan maklumat yang dipaparkan adalah sahih dan boleh dipercayai. Maklumat penjual juga perlu disemak untuk memastikan ianya lengkap. Lebih baik jika penjual tersebut mempunyai kedai atau premis sebenar untuk memberikan keyakinan kepada pengguna. Transaksi pembayaran lebih sesuai melalui COD (cash on delivery) berbanding pembayaran atas talian. Baca terma dan syarat yang dipamerkan sebelum membeli barangan atau perkhidmatan tersebut.
Cuba membeli barangan atau perkhidmatan yang berhampiran dengan anda, bukannya di tempat yang jauh (berlainan negeri atau luar negara) kerana ia memudahkan anda jika apa-apa masalah berlaku semasa tempoh pembelian. Namun jangan risau jika anda rasa teraniaya semasa membuat pembelian online, laporkan segera kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) dengan menelefon di nombor ini 03-78779000 atau email mereka mengguna email ini my Aduan@nccc.org.my.
Gunakan kebijaksanaan anda semasa membeli barangan atau perkhidmatan di internet. Sentiasa amalkan sikap berhati-hati.
Kajian Statistik Jual Beli Secara Online di Malaysia pada tahun 2012. Sumber: Majalah Niaga.com |
No comments:
Post a Comment