Jul 6, 2012

Tips Ambil Gambar Berkualiti dengan Camera Handphone


Features camera merupakan suatu kemestian pada pengguna handphone. Kualiti kamera menjadi pengukur nilai sebelum membeli sesebuah handphone. Handphone yang lebih mahal disertakan dengan camera yang mempunyai Megapixel yang tinggi sebagai contoh 5MP atau 8MP, namun handphone yang mempunyai kamera standard (1MP/2MP sebagai contoh) masih boleh menghasilkan gambar yang menarik jika kena pada caranya.



Caranya adalalah dengan memaksimakan fungsi camera dan teknik yang baik, antaranya:

Atur jarak kamera dengan objek yang dicapture
Camera handphone mempunyai limitasi keupayaan berbanding camera digital, so apabila capture gambar sesuatu objek, pastikan jaraknya tidak terlalu jauh atau terlalu dekat.

Sila gunakan fungsi edit gambar
Camera phone mempunyai pelbagai fungsi edit yang disertakan seperti adjust color balance, crop, clip art dan sebagainya. Cuba gunakan dengan sebaik-sebaiknya.

Maksimakan Resolusi Camera phone
Kalau resolusi paling tinggi 2MP, setkan 2MP. Ini memberikan kualiti terbaik bagi imej yang ditangkap nanti.

Keseimbangan objek
Susun objek dengan teratur mengikut kesesuaian,contohnya tangkap gambar secara berkumpulan. Bagi arahan atau susun sendiri objek tersebut

Zoom bila PERLU
Fungsi zoom mungkin memudahkan gambar diambil, namun cara manual dengan mendekatkan camera dengan objek lebih berhasil.

Lensa Bersih, Gambar Jelas
Pastikan lensa camera tidak ditutupi habuk sebelum capture gambar. Kebersihan separuh daripada iman J

Jangan Goyang-Goyang, Tegap sikit.
Semasa menangkap gambar tu jangan nak goyang badan atau tangan nak menggeletar, pastikan kedudukan stabil supaya imej tidak kabur.

Jangan DELETE dulu
Walaupun imej yang ditangkap tidak memuaskan, jangan cepat deletenya. Transfer dulu ke PC, kemudian guna software macam Adobe Photoshop, edit semula bagi menarik.

Lighting itu PENTING
Pencahayaan yang cukup amat membantu dalam menangkap gambar. Pastikan cahaya cukup, terutamanya masa shoot indoor (dalam rumah, pejabat,bilik)

Wide View, Hawk View, Worm View, Close Up
Contoh diatas merupakan sudut pandangan yang boleh diaplikasikan dalam menangkap gambar. Kalau gambar pemandangan, sesuai gunakan wide view. Kalau gambar portrait, gunakan Close Up view. Cuba dan cuba lagi.

p/s: tip ini juga boleh dipakai semasa menggunakan kamera digital

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...