Nov 21, 2013

Evolusi 30 Tahun OS Windows

Pada bulan November tahun 1983 Bill Gates secara rasmi mengumumkan hasil ciptaannya iaitu Windows 1.0. Ia tidak akan dilancarkan sehingga dua tahun kemudian (tahun 1985), tetapi itu menandakan permulaan era OS Windows. Dalam tempoh 30 tahun sejak hari itu kita telah melihat Windows mengalami pelbagai perubahan yang berbeza, sama ada dalam reka bentuk dan fungsinya. Mari saksikan evolusi Windows  yang dialami sepanjang 30 tahun ini.


Windows 1.0 (tahun 1985)



Windows 2.0 (tahun 1987)


Windows 3.0 (tahun 1990)


Nov 14, 2013

Moto G daripada Motorola - Berkuasa tetapi Murah?



Motorola yang kini dibawah syarikat Google Inc kini memperkenalkan model smartphones terbaru mereka baru-baru ini iaitu Moto G. Menekankan kepada tema "Exceptional phone. Exceptional price.", Moto G merupakan smartphones yang berkuasa tetapi pada tag harga yang berpatutan (lebih murah!). Hasil idea penciptaan Moto G ini didorong oleh niat Motorola yang menginginkan semua pengguna di seluruh dunia dapat menggunakan teknologi smartphones sepenuhnya tanpa perlu mengeluarkan belanja lebih atau hanya dapat memiliki smartphones yang berprestasi rendah kerana kekurangan bajet.

Antara spesifikasi menarik Moto G ini adalah:



  • skrin bersaiz 4.5-inci,
  • 1280 x 720 HD, 329 ppi
  • memori 1GB RAm, 
  • cip empat-teras Snapdragon 400 1.2 GHz,
  • bateri 2070mAh
  • Android 4.3 (update 4.4 dalam Januari)
  • Bateri 2070 mAh (10 jam penggunaan maksimum)
  • Storan pilihan 8 GB,16GB
  • Corning Gorilla Glass
  • 5MP kamera belakang dan 1.3MP hadapan dengan sokongan 720p HD video
  • Bluetooth versi 4.0

Di samping itu, aksesori seperti sarung telefon (Shells)SOL REPUBLIC JAX Headphones dan  Motorola Grip Shell pelbagai pilihan warna turut dijual secara berasingan.




Ok, kenapa anda perlu beli Moto G? Sebabya....

Nov 12, 2013

Messi penyelamat bumi?


Lionel Messi kini menjadi penyelamat bumi untuk menghalang daripada serangan makhluk asing. Dipilih sebagai ketua pasukan #Galaxy11 oleh legenda bolasepak dunia Frankz Beckenbauer, Messi akan berganding bahu dengan lagi 10 calon pemain yang masih belum diketahui lagi. Saksikan video pendedahan oleh Frankz Beckenbauer mengenai pencerobohan makhluk asing di bumi.






Kemunculan terakhir makhluk asing terakhir dilihat di Torino, Itali



Adegan menarik apabila Messi dipilih sebagai Ketua Pasukan #Galaxy11



Klik pada pautan ini untuk mengetahui kisah sebenar: The Galaxy 11


Outlook kata Gmail menipu?

This summary is not available. Please click here to view the post.

Nov 11, 2013

Awek IE yang kawaii



Microsoft menggunakan pendekatan pemasaran melalui animasi Jepun (anime) untuk mengpopularkan semula browsernya Internet Explorer versi 11. Seperti yang diketahui banyak pengguna beralih arah menggunakan Google Chorome atau Mozilla Firefox sebagai browser utama. Di dalam anime pendek ini,  satu watak perempuan dicipta bernama Inori Aizawa menjadi maskot Internet Explorer menentang penjahat menggunakan perisai khas yang boleh memberikan kuasa perlindungan dan serangan. Video ini telah dihasilkan oleh Microsoft Singapura, dan telah ditayangkan khas pada sambutan Anime Festival Asia (AFA) 2013.


Nov 7, 2013

Zaman handphone Nokia

Bagi generasi 90-an, Nokia merupakan gadjet yang harus dimiliki. Setiap hanphone Nokia merujuk kepada status dan identiti pemiliknya. Setiap keluaran handphone berbeza dari segi spesifikasi, target jualan, kuasa inovasi dan keseronokan. Pada mereka yang pernah memilikinya akan teringat memori indah dan duka ketika menggunakannya. Moto Nokia "Connecting People" benar-benar diaplikasi ke setiap penggunanya.



Mana satu Nokia anda???




Nokia 8250 Butterfly
Dipanggil Nokia Butterfly kerana keypad menunya berbentuk seakan rama-rama




Nokia 6680
Kelainan 6680 ialah hanphone ini dua jenis interface yang berbeza yang boleh dipilih.



Nokia N-Gage
Gabungan 2 konsep iaitu Hanphone + Game konsol. Dibina untuk bersaing dengan Nintendo DS dan PSP.



Nokia 6600 Sabun
Digelar hanphone sabun kerana bentuknya seperti sabun mandi.


Nokia 3200
Hanphone yang fokus pemasarannya adalah golongan remaja kerana memaparkan casing bercorak dan berwarna. Nama lain Nokia 3200 ialah Nokia Telur.


10 Tanda komputer anda telah diHack

Untuk mengetahui yang privasi dan keselamatan data anda telah dicerobohi, sila baca senarai 10 Tanda Anda Telah diHack  dibawah



Mesej Antivirus Palsu




Apabila anda tiba-tiba menerima amaran yang komputer anda telah dijangkiti virus, AWAS kerana itu merupakan antivirus palsu. Jika anda memuat turun perisian tersebut, sebenarnya anda telah membuka pintu kepada virus,trojan,malware untuk merosakkan komputer anda.



Toolbar pelik pada browser




Perkara ini berlaku apabila anda menginstall aplikasi yang disertakan sekali dengan toolbar secara tidak sengaja. Baca dengan teliti apabila menginstall sesuatu perisian kerana kemungkinan toolbar yang diinstall boleh mencuri data peribadi anda (contoh: password) dan melembabkan browser.


Carian enjin pelik




Biasanya browser akan menetapkan enjin carian mengikut standardnya sebagai contoh browser Chrome akan menetapkan enjin carian Google sebagai enjin carian utama. Sebaliknya jika perubahan setting ini diubah menggunakan carian lain, kemungkinan hasil carian berbeza dan dipenuhi dengan iklan-iklan yang tidak dikendaki.


Nov 4, 2013

iPad Air tablet Apple berkuasa



iPad Air tablet Apple berkuasa?

Apple membina satu lagi generasi baru bagi kategori tablet yang dipanggil iPad Air. Ia berukuran senipis 7.9mm dan hanya seberat 454 gram sahaja. Dari segi prestasinya, iPad Air dikuatkuasakan dengan cip pemprosesan Apple terbaru A7 dengan 64 bit, membolehkan ia dikategorikan sebagai tablet berkuasa tinggi. Dari segi paparan, imej dan video berdefinisi tinggi dengan adanya paparan Retina padanya. Apple telah menambahbaik sambungan wireless pada iPad Air dengan mengaplikasi MIMO pada sistem wireless menjadikan ia 2X lebih pantas. Harga permulaan iPad Air ialah USD499 bersamaan RM1586.



Laptop bau kencing kucing?



Ya, perkara tersebut benar-benar terjadi. Nasib malang berbau kencing kucing ini terjadi kepada pengguna-pengguna notebook Dell Latitude 6430u. Perkara ini berlaku apabila salah satu pengguna mengadu pada  laman web Dell support community  akan bau kencing kucing pada notebooknya. Pengguna dikenali sebagai Three West tersebut amat tidak berpuas hati dengan bau yang kurang menyenangkannya.

Snapshot aduan bau kencing kucing


Bila bau kencing kucing merebak?

       Menurut Three West, bau tersebut amat kuat pada komponen keyboard Dell Latitude 6430u. Seterusnya, muncul pula beberapa pengguna lain mengatakan turut masalah tersebut. Hasil rungutan dari pengguna, Dell menyiasat perkara tersebut, dan menyimpulkan bahawa bau seakan-akan kencing kucing tidak merbahaya serta selamat. Dell turut menyatakan punca masalah tersebut adalah daripada salah satu masalah teknikal pihak vendor bagi Dell Latitude 6430u dan telah diatasi. Pengguna lain yang mengalami masalah sama perlu menghantar kembali notebook kepada pihak Dell untuk diperbaiki dan jaminan diberi kepada bakal pembeli Dell Latitude 6430u bahawa tidak lagi bau kencing kencing tersebut.





p/s: Notebook bau wangi bunga atau vanila best la, ni bau hancing. Oh tidak,tidak.

Sumber: Zdnet




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...