Jan 27, 2013

Super SmartPhone: Sony Xperia Z

Kenapa anda perlu beli Sony Xperia Z ini?

Kalis air (waterproof)
Smartphone Sony Xperia Z kalis air selama 30 minit jika berada pada kedalaman 1 meter. Bermakna boleh dibawa ketika anda mandi. Tidak perlu risau ia akan rosak.



Kamera beresolusi tinggi
Dengan 13Mp pada kamera Sony Xperia Z, imej yang anda tangkap sangat berkualiti tinggi dan cantik.




Teknologi NFC
Dengan teknologi NFC dibina dalam Sony Xperia Z, anda boleh dengan mudah memasangkan telefon bimbit ke peranti serasi lain seperti TV Bravia NFC atau fon wayarles.





Sangat berKUASA
5-inci paparan dengan HD, berkuasa 1.5GHz quad-core pemproses, dilengkapi Android Jelly Bean sebagai sistem operasi dan dioptimumkan 2400 mAh bateri menjadikan ia sungguh berkuasa.





Experience the best of Sony in a smartphone





Jan 22, 2013

Buy this phone if you DARE?


Anda rase handphone iPhone 5, Samsung Galaxy Note 2, Samsung Galaxy S3 tu mahal sangat untuk dibeli? Kena kumpul duit gaji baru dapat beli kan?Kan?

Tapi yang senarai handphone ni anda kumpul bertahun-tahun pun belum tentu dapat beli, even guna simpanan KWSP. Sila tengok senarai 10 handphone mahal di dunia bermula paling murah bagi anda impikan (jika dapat beli).


1. Ulysse Nardin’s The Chairman – bernilai sehingga $49,500


2. Nokia 8800 Arte dengan pink diamonds - berharga $134,000


3. Peter Aloisson’s iPhone Princess Plus - berharga $176,400


4. Sony Ericsson Black Diamond – berharga$300,000


5. Vertu Signature Cobra - berharga $310,000


6. Gresso Luxor Las Vegas Jackpot – berharga $1 million


7. GoldVish ‘Le Million’ Piece Unique - berharga $1.3 million


8. Peter Aloisson’s Kings Button iPhone - berharga $2.4 million


9. Goldstriker iPhone 3GS Supreme – berharga $3.2 million


dan RAJA SEGALA HANDPHONE DI DUNIA adalah

.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
.............


10. Stuart Hughes iPhone 4 Diamond Rose Edition – paling mahal - $8 million







SEBAB MUSABAB HANDPHONE-HANDPHONE NI MAHAL


SEBAB PERTAMA
Diselaputi PERMATA dan BERLIAN, makin banyak atau makin mahal harga  permata/berlian maka secara automatik harganya menjadi mahal.


SEBAB KEDUA
Semua hanpon ni adalah edisi TERHAD, so ia bernilai ekslusif dan tag pricenya adalah mahal.


SEBAB KETIGA
Hanya yang kaya je mampu beli. Jika anda tidak kaya, hanya tinggal impian atau lebih baik jangan berangan nak belinya.he2.



Jan 21, 2013

Google+TV= Google TV?


Google Inc. telah memasuki bidang penyiaran dengan memperkenalkan Google TV pada CES 2013. Merupakan 'SmartTV' yang dikuasakan oleh OS Android, dilengkapi teknologi Cinema 3D yang membolehkan paparan 3-dimensi dilihat menggunakan kaca mata khas 3D. Dikawal oleh remote yang mengaplikasikan kekunci QWERTY bagi memudahkan pengguna memasukkan input dan arahan pada 
Google TV. Menarik lagi pada gajet ini, kawalan suara (voice control) mungkin diaplikasi padanya.


Google TV keluaran SONY

remote QWERTY


Google TV mendapat kerjasama daripada pengeluar produk SmartTV seperti Sony, Panasonic, Bang, Olufsen dan LG bagi merealisasikan teknologi ini. Pelbagai salurann (channel) boleh ditonton melaluinya dengan menginstal aplikasi saluran tersebut melalui Google Play atau menaip di medan carian. Saluran-saluran yang disediakan boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti tv & filem, muzik, berita, gaya hidup dan juga permainan.

Interface Google TV

Aplikasi bagi kategori tv dan filem

Update fb status,twit dan sebagainya di Google TV

Install aplikasi kegemaran anda di Google Play


Selain menonton saluran disediakan, pengguna juga boleh melayari internet melalui Google Chrome. Tambah nilai yang boleh didapati daripada Google TV ini adalah pengguna telefon Android boleh menghubungkan video YouTube di dalam telefon Android kepada Google TV bagi melihat dengan lebih selesa pada skrin besar.
Lihat video Youtube pada Google TV







Nantikan kemunculan Google TV di pasaran Malaysia :-)

Jan 18, 2013

Dimensi baru fotographi: Samsung Galaxy Camera


Segmen fotografi telah menganjak ke arah teknologi komunikasi dengan munculnya Samsung Galaxy Camera. Dilengkapi dengan OS Android Jelly Bean, menjadikan ia sebuah kamera yang lengkap dengan sistem pengoperasian. Samsung Galaxy Camera bukan sahaja berfungsi untuk menangkap gambar sahaja, malahan terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan didalamnya. Harga runcit dipasaran hanya RM1899 sahaja. Jika anda membeli Samsung Galaxy Camera melalui telco-telco seperti Maxis dan Celcom, harganya lebih murah.



SPESIFIKASI

GENERAL2G NetworkN/A
3G NetworkHSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
4G NetworkLTE (market dependent)
SIMMicro-SIM
Announced2012, August


BODYDimensions128.7 x 70.8 x 19.1 mm (5.07 x 2.79 x 0.75 in)
Weight300 g (10.58 oz)
DISPLAYTypeSuper Clear LCD capacitive touchscreen, 16M colors
Size720 x 1280 pixels, 4.8 inches (~306 ppi pixel density)
MultitouchYes
ProtectionCorning Gorilla Glass 2
- TouchWiz UI
SOUNDAlert typesN/A
LoudspeakerYes
3.5mm jackYes
MEMORYCard slotmicroSD, up to 64 GB
Internal8 GB storage, 1 GB RAM
DATA

SpeedHSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps; LTE (optional)
WLANWi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual-band, Wi-Fi hotspot
BluetoothYes, v4.0
USBYes, microUSB v2.0
CAMERAPrimary16.3 MP, 4608×3456 pixels, autofocus, 21x optical zoom, pop-up Xenon flash, AF light
FeaturesWide-angle 23mm lens, geo-tagging, touch focus, face and smile detection, optical image stabilization
VideoYes, 1080p@30fps, 768x512@120fps
SecondaryNo
FEATURESOSAndroid OS, v4.1 (Jelly Bean), upgradable to v4.1.2 (Jelly Bean)
ChipsetExynos 4412 Quad
CPUQuad-core 1.4 GHz Cortex-A9
GPUMali-400MP
SensorsAccelerometer, gyro, compass
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS
BrowserHTML5
RadioNo
GPSYes, with A-GPS support and GLONASS
JavaYes, via Java MIDP emulator
ColorsBlack, White, Pink, Orange
- SNS integration
- Dropbox (50 GB storage)
- HDMI port
- MP4/DivX/XviD/WMV/H.264/H.263 player
- MP3/WAV/eAAC+/AC3/FLAC player
- Organizer
- Image/video editor
- Document editor
- Voice memo/dial
- Predictive text input (Swype)
BATTERYLi-Ion 1650 mAh battery
Stand-byUp to 168 h (2G) / Up to 280 h (3G)
Talk timeUp to 4 h 30 min



CIRI-CIRI MENARIK HATI



SMART MODE
Tidak perlu bersusah payah untuk setting aperture,shutter dan sebagainya. Samsung Galaxy camera memudahkan anda menangkap gambar mengikut shoot pilihan yang banyak (Panorama,Waterfall Trace,Action Freeze). Gambar yang terhasil seperti gambar yang ditangkap jurugambar professional.




SLOW MOTION VIDEO
Dengan keupayaan 120 frames per second dan 720x480 resolusi membolehkan anda menangkap video secara slow motion(gerak perlahan). Ini menjadikan video anda nampak lebih menarik.


HD DISPLAY
GALAXY Camera’s 121.2mm (4.77") HD Super Clear Touch menjadikan paparan pada LCD seakan-akan hidup. Dilengkapi White Magic Technology, membolehkan kecerahan ditingkatkan tanpa menyebabkan kehabisan kuasa bateri.



EDIT WITH PHOTO & VIDEO WIZARD
Kamera GALAXY disetkan dengan 65 ciri-ciri penyuntingan, memberi anda peluang untuk mengedit gambar atau video secara profesional dengan mudah dan secara terus.


SHARE WITH OTHERS
Dilengkapi sambungan WiFi dan 3G membolehkan gambar diupload dan dipindahkan kepada device lain ataupun internet dengan pantas. Ciri Auto Cloud pula memudahkan simpanan maya bagi koleksi gambar yang anda telah tangkap. Segalanya menjadi mudah.

Skrin LCD dikuasakan OS Android Jelly Bean
Sisi atas kamera hanya butang Power dan Capture.

Hanya terdapat dalam warna Putih sahaja.



Video preview Samsung Galaxy Camera











Jan 17, 2013

Adobe CS2 now is FREE!

Adobe CS2

Perhatian kepada semua pembaca iamluvit.blogspot.com, Adobe Inc. telah bermurah hati menawarkan perisian Adobe CS2 secara percuma untuk didownload. Ini disebabkan Adobe akan menutup server activation untuk CS2. Para pembaca hanya perlu mengklik pada dowload link ini :


Tidak perlu mendaftar,tidak perlu membayar sesen pun.PERCUMA. Pada link tersebut disertakan serial key  untuk membolehkan installasi. Adobe CS2 terdiri daripada pelbagai perisian design dan image editing, antaranya Illustrator, InDesign, Photoshop,  Adobe Premiere Pro 2.0 dan macam-macam lagi. Segera klik pada link tersebut untuk mendownloadnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...