Zaman sekarang, rakam video bukan lagi untuk majlis besar saja. Setiap detik harian – dari naik motor ke tempat kerja, daki bukit pagi Ahad, hinggalah travel hujung minggu – semuanya boleh jadi content. Tapi siapa sanggup pikul kamera besar ke mana-mana?
Di sinilah munculnya hero kecil bernama Action Cam (Kamera Aksi) — ringan, tahan lasak, dan rakam video cantik walaupun dalam hujan atau lumpur!
Dari Pantai ke Dunia Kontent Digital – Asal Usul Action Cam
Segalanya bermula dengan Nick Woodman, seorang surfer yang kecewa sebab tak dapat rakam aksi dia atas papan luncur. Maka pada tahun 2002, dia cipta GoPro, kamera kecil yang boleh dipasang kat tangan, dada atau papan surfing.
Tujuan asal? Nak rakam aksi lasak dari sudut pandang sendiri (First person point of view) tanpa perlu jurukamera.
Siapa sangka, dari idea ni lahirlah teknologi yang sekarang diguna oleh:
✅ YouTuber
✅ Vlogger
✅ Atlet
✅ Penunggang motor & pelancong
Syarikat yang Hasilkan Action Cam
Selain GoPro, sekarang ada banyak lagi jenama hebat:
-
DJI – Dikenali dengan dron, tapi action cam dia pun power.
-
Insta360 – Lebih fokus pada video 360°, sesuai untuk rakaman kreatif.
-
Akaso – Brand US tapi harga mampu milik, sesuai untuk pemula atau bajet ketat.
-
Sony – Terkenal dengan teknologi imej berkualiti tinggi dalam saiz kecil.
Setiap jenama ada kelebihan tersendiri — dari harga ke fungsi, anda cuma perlu pilih yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Kenapa Pilih Action Cam Berbanding Kamera Biasa?
📷 Kamera DSLR memang cantik. Tapi cuba bawa naik bukit atau selam dalam laut — tak praktikal!
Ini sebab ramai beralih ke action cam:
✅ Kecil & ringan – Mudah dibawa, muat poket
✅ Tahan air & hentakan – Lasak dalam apa jua cuaca
✅ Rakaman wide-angle – Semua masuk frame
✅ Boleh dipasang di mana-mana – Helmet, basikal, kereta
✅ Penstabil imej – Rakaman tetap smooth walau tengah lari
Tak kisah rakam vlog, ride pagi-pagi atau memori anak membesar — action cam memang sesuai.
Trend Sementara atau Kekal Popular?
Ada yang anggap action cam ni cuma trend TikTok. Tapi sebenarnya, ia dah jadi alat penting dalam videografi moden. Tambahan pula dengan budaya konten dan media sosial yang semakin berkembang, action cam bukan lagi gimik — ia alat rakam gaya hidup aktif.
📋 Top 5 Action Cam Popular 2025 (Dengan Harga Anggaran)
Model | Ciri Utama | Harga (Anggaran) | Link Untuk Beli |
---|---|---|---|
GoPro Hero 13 Black | 5.3K video, 27 Mp, Hypersmooth 6.0, kalis air hingga10 m | RM2,099 | 🛒 Shopee |
DJI Osmo Action 4 | 4K video, sensor besar, tahan air 18 m | RM1,999 | 🛒 Shopee |
Insta360 GO 3S | Ultra kecil, rakaman POV tanpa tangan | RM1,969 | 🛒 Shopee |
Akaso Brave 7 LE | Dual screen, kalis air, bajet mesra | RM699 | 🛒 Shopee |
Sony RX0 II | Premium 4K, skrin flip, ultra kompak | RM2,599 | 🛒 Shopee |
![]() |
GoPro Hero 13 Black |
![]() |
DJI Osmo Action 4 |
![]() |
Insta360 GO 3S |
Kesimpulan: Teknologi Videografi Yang Merubah Cara Kita Bercerita
Action cam bukan lagi untuk pelancong atau atlet sahaja. Ia dah jadi teman harian untuk sesiapa sahaja yang nak abadikan momen dalam cara paling ringkas, kreatif dan lasak.
Kalau anda jenis suka bergerak, travel, ride atau vlog – action cam memang berbaloi dimiliki. Sekali guna, confirm akan bawa ke mana-mana sahaja.