Sep 17, 2012

iPhone 5 paling terbaik?

 Apakah ciri yang mengatakan bahawa iPhone 5 ini merupakan iPhone terbaik yang Apple hasilkan?



Lebih Nipis, Ringan dan Besar
Skrin iPhone 5 telah diperbesarkan menjadi kepada saiz 4 inci. Kelebaran saiz ni membantu banyak aplikasi diletakkan kepada skrin utama. Ketebalan iPhone 5 dikurangkan kepada 18% dari iPhone 4, menjadikan saiz ketebalan iPhone 5 adalah 76mm, manakala berat iPhone 5 pula cuma 112 grams sahaja, kurang 20% dari sebelumnya.


Kualiti Skrin Lebih Baik
Apple bukan sahaja menambah saiz skrin, tetapi telah menambah resolusi skrin tersebut. Ia memiliki 326PPI, 1136×640-pixel Retina display, 18% lebih baik dari model iPhone 4. Ketinggian resolusi menunjukkan kualiti tinggi pada imej dan juga video yang dipaparkan.


Ada LTE
iPhone 5 bukan sahaja support teknologi GPRS, Edge, EV-DO, HSPA, HSPA+, DC-HSDPA, malahan teknologi LTE. LTE membolehkan perkongsian dan perhubungan data diakses dengan sangat pantas dan cekap. Tidak dilupakan juga WiFi, 802.11 a/b/g/n, n pada 2.4GHz dan 5Gh.


Processor Terpantas
Apabila sesebuah siri iPhone dihasilkan, processor juga turut dihasilkan. Pada iPhone 5 ini, Apple telah menglengkapkannya dengan processor terpantas, A6. Ia 2x lebih pantas dan 22% lebih kecil saiznya berbanding A5.


Kamera iPhone 5



3 Microphone
iPhone 5 memiliki 3 mic pada 1 bahagian bawah dan 2 pada bahagian atas bagi meningkatkan voice recognition dan mengurangkan 'noise'. Kualiti speaker juga telah disempurnakan bersama dengan rekabentuk yang baru.


8 Pin Dock Connector
Kabel connector 8pin telah digunakan bagi mengantikan 30pin connector pada model sebelumnya. Ia lebih tahan lasak, dan bersaiz kecil. Pertukaran ini kerana Apple ingin merubah tabiat pengguna supaya lebih mengaplikasikan teknologi tanpa wayar.


iOS 6
Dilengkapi sistem operasi terkini bagi phone, iOS 6 ternyata ia merupakan kelebihan utama. iOS 6 memiliki aplikasi lebih baik terutamanya aplikasi Siri, Facebook, Maps, FaceTime, Safari, Photo Streams, Mail, Passbook (aplikasi baru), dan Guided Access (aplikasi bantuan OKU).


Perbezaan iPhone 5 dan iPhone 4






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...