Nov 7, 2013

Zaman handphone Nokia

Bagi generasi 90-an, Nokia merupakan gadjet yang harus dimiliki. Setiap hanphone Nokia merujuk kepada status dan identiti pemiliknya. Setiap keluaran handphone berbeza dari segi spesifikasi, target jualan, kuasa inovasi dan keseronokan. Pada mereka yang pernah memilikinya akan teringat memori indah dan duka ketika menggunakannya. Moto Nokia "Connecting People" benar-benar diaplikasi ke setiap penggunanya.



Mana satu Nokia anda???




Nokia 8250 Butterfly
Dipanggil Nokia Butterfly kerana keypad menunya berbentuk seakan rama-rama




Nokia 6680
Kelainan 6680 ialah hanphone ini dua jenis interface yang berbeza yang boleh dipilih.



Nokia N-Gage
Gabungan 2 konsep iaitu Hanphone + Game konsol. Dibina untuk bersaing dengan Nintendo DS dan PSP.



Nokia 6600 Sabun
Digelar hanphone sabun kerana bentuknya seperti sabun mandi.


Nokia 3200
Hanphone yang fokus pemasarannya adalah golongan remaja kerana memaparkan casing bercorak dan berwarna. Nama lain Nokia 3200 ialah Nokia Telur.





Nokia 3310
Paling laris penjualan kerana kelebihannya; boleh menaip sehingga lebih 300 huruf dan sangat tahan lasak.



Nokia 3650
Merupakan smartphones yang pertama, dilengkapi dengan Symbian OS yang pertama.


Nokia 5530 Xpress Music 
Salah satu hanphone bagi siri Xpress Music. Terbaik dari segi kualiti audionya. 



Nokia 7610 Daun
Dipanggil Nokia Daun kerana bentuk ergonamik seakan daun. Fokus pemasarannya ialah mereka yang terlibat dalam fesyen.



Nokia 7650
Handphone yang menjadi kegemaran businessman dan pereka fesyen kerana bentuknya yang ekslusif dan premium.



Nokia 8800
Diperbuat daripada keluli tahan karat dengan skrin tahan calar, merupakan salah satu hanphone yang mahal pernah dikeluarkan oleh Nokia.


Nokia N70
Salah pencetus pertama keluarga N Series, di mana banyak ciri-ciri menarik dimampatkan dalamnya.



Nokia N90
Skrinnya boleh diputar 270 ° untuk membiarkan telefon dikendalikan seperti kamera video konvensional. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...