1) LEBIH BANYAK PILIHAN PERANTI:
Android tersedia pada rangkaian peranti yang lebih luas daripada
pelbagai pengeluar mudah alih seperti SAMSUNG, OPPO, HUAWEI, VIVO, manakala iOS eksklusif untuk iPhone dan iPad
Apple sahaja.
![]() |
Sumber: Tech Juice |
2) PILIHAN PENYESUAIAN:
Android membolehkan pengguna menyesuaikan hampir setiap aspek peranti, termasuk latar belakang, ikon aplikasi, tema dan widget,
manakala iOS mempunyai pilihan penyesuaian yang lebih terhad dalam customasi.
3) SISTEM FAIL YANG LEBIH TERBUKA:
Android mempunyai sistem fail yang lebih terbuka, yang membolehkan
pengguna mengalihkan fail dengan mudah dari satu aplikasi ke aplikasi lain, manakala iOS
mempunyai pilihan yang lebih terhad dalam hal ini dan hanya menyokong produk Apple sahaja.
4) LEBIH BANYAK PILIHAN APLIKASI:
Google Play, gedung aplikasi Android, menawarkan lebih banyak
aplikasi berbanding App Store iOS.
![]() |
Sumber: Google Play |
5) KEMAS KINI OS YANG LEBIH PANTAS:
Android sering mengeluarkan kemas kini OS lebih pantas daripada iOS,
membolehkan pengguna mengakses ciri baharu lebih awal. Versi terbaru ialah Android 13 sudah dilancarkan, namun Android 14 kini dalam pembangunan dan boleh dicuba dalam versi beta.