Nov 12, 2014

Drone,Quadcopter atau Hexicopter? Kegilaan Gajet terbaru



Apakah itu Dron, quadcopter Dan hexicopter ni? Mungkin ada pembaca yang tahu istilah ni, Dan mungkin ada yang masih samar-samar. Ketiga-tiga istilah ini merujuk kepada gajet yg cara kawalannya seperti helikopter kawalan jauh namun secara fizikalnya berlainan sedikit.

Quadcopter kini menjadi kegilaan ramai di luar negara namun permainan ini masih baru di Malaysia. Kebanyakkan pemain adalah di kalangan mereka yg terlibat dalam bidang fotografi dan belajar bidang penerbangan. Ini disebabkan dron dilengkapi dengan kamera untuk menangkap shot secara pandangan 'bird-eye'.

Apa perbezaan antara helicopter dan quadcopter?? Dari segi bilah, seperti yg diketahui helicopter menggunakan 1 bilah, namun untuk quadcopter is menggunakan 4 bilah. Tambah menarik lagi ialah, 2 bilah kipas memutarkan mengikut arah jam manakala 2 bilah yang lain berputar melawan arah jam. Ini membolehkan kawalan terbang yang lebih fleksibel (boleh terbang secara vertikal dan horizontal).


Ada 2 syarikat yang terkenal dalam pembuatan quadcopter ini iaitu DJI dan Parrot SA. DJI terkenal dengan quadcopter Phantom 2 Vision manakala Parrot SA pula terkenal dengan Parrot AR Drone. Kedua-dua syarikat ini menghasilkan quadcopter berkualiti tinggi.

Quadcopter DJI terbaru: AR Drone 2.0


Phantom 2 Vision quadcopter popular daripada DJI


Apakah kegunaan quadcopter ini?

Kebanyakkan kita menganggap ia hanya merupakan alat permainan kawalan jauh, namun fungsinya lebih daripada itu. Quadcopter ini digunakan secara meluas dalam kajian yang melibatkan bidang penerbangan seperti teori kawalan penerbangan, navigasi, sistem masa nyata, dan juga robotik. Pihak berkuasa seperti tentera juga menggunakan quadcopter dalam perisikan dan juga untuk operasi 'search & rescue'. Malahan jangan terkejut bahawa ada beberapa pihak telah menggunakan quadcopter untuk menghantar pizza.

Sememangnya quadcopter ini multitasking device. 

Baca artikel menarik mengenai quadcopter ini daripada Amanz.my

Tetapi jangan gila seperti bart Jansen ini, ada ke patut tukar kucing jadi quadcopter. Tak tenang roh kucing tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...