Mar 14, 2012

Fast Shutdown,Fast Reboot PC with single click




Amat melecehkan kalau nak tutup PC yang menggunakan sistem OS Windows, sebab banyak benda kena klik. betul tak?
So cam mane nak atasinya?Ada caranya.


Firstly, kena buat pintasan pada desktop dengan mengklik kanan pada desktop,
dengan memilih New, dan kemudian memilih Shortcut.
Then, Shortcut Wizard akan muncul. Di dalam kotak meminta lokasi jalan pintas,taipkan coding ini:

shutdown -s -t 03 -c "Bye Bye m8!"

Kemudian,tekan Next.Pada kotak kosong, namakan sebagai "SHUTDOWN".Finish.Double-klik pada shortcut tadi, dan komputer akan shutdown selepas tiga saat dan memaparkan mesej "Bye Bye m8."

Kalau nak buat restart pulak, caranya sama dengan buat pintasan shutdown, tetapi tukarkan coding yang atas dengan ini:

shutdown -r -t 01 -c "Rebooting your PC"

Kemudian,tekan Next.Pada kotak kosong, namakan sebagai "RESTART".Finish.Double-klik pada shortcut tadi, dan komputer akan shutdown selepas satu saat dan memaparkan mesej "Rebooting your PC."

Dengan adanya shortcut, jimatkan masa untuk meng'shutdown'kan/meng'restart'kan PC anda dengan sekali klik.


Penjelasan tentang coding:
-s
Menutup PC.

-l
Log off pengguna semasa.

-t nn
Menunjukkan jangka masa kelewatan, dalam saat, sebelum melakukan tindakan RESTART@SHUTDOWN.

-c "messagetext"
Memaparkan mesej dalam tetingkap Sistem Shutdown.

-r
Reboots PC.


SELAMAT MENCUBA!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...