Mar 10, 2012

Dunia komputer

Kita sekarang hidup dalam dunia komputer. Setiap hari mesti kita mengadap laptop,PC, netbook untuk surf internet (kebanyakkannya), selain buat keja menaip. Orang yang bekerja mesti kena ada basic skill tentang komputer, maklumlah semua kerja menggunakan komputer. Kat opis jumpe komputer, kat stesen LRT ade, kat rumah tentulah setiap famili dah ada, at least sebuah.
Tetapi tahukan anda apakah itu komputer? Komputer didefinisikan sebagai sebuah alat elektronik yang diprogramkan untuk menerima input,melakukan pemprosesan input tadi, keluarkan output dan juga boleh menyimpan data, program dan output yang dikehendaki. Komputer yang pertama mula dibangunkan pada pertengahan kurun ke 20(1940-1945) dimana pada saiz tersebut adalah seluas bilik yang besar! Dengan perubahan teknologi, bentuknya telah menjadi semakin kecil dan fungsinya telah dipelbagaikan.
Komputer pertama ciptaan Atanasoff and Clifford Berry (ABC Prototype) dlm tahun 1939
Generasi pertama berula vacuum tube, kemudian generasi kedua: transistor, seterusnya generasi ketiga: intergrated circuit tercipta, menyusul pula generasi keempat; microprocessor. Dengan terciptanya 4bit-4004 microprocessor,teknologi penghasilan komputer telah berkembang maju. Kemudian teknologi Internet mengambil alih. Tahukah anda 1st web browser adalah Mosaic yang dicipta sorang student dan sorang programmer. Kesannya, Internet telah mewujudkan dunia tanpa sempadan yang membolehkan perkongsian maklumat dengan pantas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...