Mar 10, 2012

Cloud computing = perkomputeran awan?

Cloud computing merupakan suatu trend teknologi yang begitu hot pada masa kini. Tapi kebanyakkan pengguna end user masih belum memahami apa yang dimaksudkan cloud computing. Apakah itu cloud computing?
Mengikut definisi daripada Wikipedia:
Cloud computing is the delivery of computing as a service rather than a product, whereby shared resources, software, and information are provided to computers and other devices as a utility (like the electricity grid) over a network (typically theInternet).
Anda faham tak maksudnya? Still blur lg. Ok, secara amnya cloud computing merupakan satu servis yang menawarkan perkongsian secara maya melalui internet, sebagai contoh untuk berkongsi fail (mp3, gambar, dokumen), perisian dan apa-apa informasi yang untuk digunakan bersama. Emel seperti Gmail,Yahoo Mail merupakan satu aplikasi cloud. Betul, kerana anda tidak meyimpan dalam storan PC anda tetapi anda simpan dan akses di server mereka.
Kelebihan cloud ialah mengurangkan kebergantungan terhadap insfraktrur anda, contohnya tidak perlu mempunyai storan yang besar kerana provider cloud memberikan anda pilihan storan maya mengikut kehendak dan keperluan anda. Pegiraan kos cloud ini bergantung kepada tahap penggunaan, misalnya jika sikit yang guna, sikit yang anda bayar, jika banyak sebaliknya. OK, lihat bil elektrik dan air. Jika menggunakan utiliti elektrik pada kadar minima, anda hanya bayar pada kadar minima tersebut. Begitulah kadar yang sama dipraktikkan dalam cloud computing.
Di Malaysia, cloud computing telah banyak diaplikasikan oleh company IT yang berteraskan data, kerana mereka menggunakan server untuk menguruskan data. Pengurusan data telah ditransferkan pada Cloud provider, dimana kesan positifnya telah mengurangkan beban dan belanjawan dalam sektor IT. Company lebih mudah berkembang pesat dengan menumpukan pada teras perniagaan tanpa perlu memikirkan masalah yang berlaku dalam data server.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...