Bayangkan kalau duit tak lagi perlu dicetak, tak perlu dompet tebal dan tak ada "central bank" pun uruskan nilainya. Inilah dunia BitCoin, satu bentuk mata wang digital yang dicipta untuk ubah cara manusia faham tentang matawang. Sekarang nilai 1 BitCoin/ 1 BTC di pasaran sudah mencecah harga lebih USD $110,000. Kaya dan beruntung orang yang awal-awal simpan dan melabur BitCoin masa ia mula-mula diperkenalkan.
Siapa Pencipta BitCoin?
BitCoin dicipta oleh individu (atau kumpulan?) misteri bernama Satoshi Nakamoto pada tahun 2009. Sampai hari ni, identiti sebenar Satoshi masih jadi teka-teki 🤔
Tujuan ciptaan BitCoin cukup jelas:
✅ Menghapuskan kebergantungan pada bank dan kerajaan untuk kawal duit
✅ Wujudkan sistem transaksi peer-to-peer tanpa pihak tengah
✅ Lindungi pengguna daripada inflasi dan manipulasi matawang
Bagaimana Nak Dapatkan BitCoin?
Ada beberapa cara nak dapatkannya:
-
Anda beli di platform exchange BitCoin – Contohnya Luno, Binance, atau Remitano
-
Terima sebagai bayaran niaga – Kalau anda jual barang/khidmat, boleh minta pelanggan bayar guna BitCoin
-
Mining (melombong) – Proses guna komputer canggih untuk sahkan transaksi dan jana BitCoin baru. Tapi ni perlukan tenaga elektrik tinggi dan kena tahu teknikalitinya.
![]() |
Contoh tempat lombong BitCoin, penuh dengan kad grafik |
Apa Kelebihan BitCoin Berbanding Duit Kertas?
➤ Lebih selamat – Transaksi direkod di blockchain, sukar digodam
➤ Tanpa sempadan – Hantar duit ke mana-mana negara tanpa tukar matawang
➤ Anti-inflasi – Jumlah BitCoin maksimum hanya 21 juta sahaja. Tak boleh dicetak sesuka hati macam duit kertas.
➤ Tiada pihak tengah – Tak perlu bank untuk transfer atau simpan
➤ Telus – Semua transaksi direkod dan boleh diperiksa oleh sesiapa sahaja
Adakah BitCoin Bakal Jadi Matawang Utama Dunia?
Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi realitinya:
✅ Semakin banyak syarikat besar terima BitCoin (Tesla, PayPal, dll)
✅ Negara seperti El Salvador dah jadikan BitCoin sebagai matawang sah
❌ Tapi ada juga cabaran – BitCoin masih volatil (ada turun naik), peraturan setiap kerajaan yang berbeza, dan ramai masih belum faham cara gunakan BitCoin
Bagaimana Nak Simpan, Beli dan Hantar BitCoin?
📲 Dompet Digital (Crypto Wallet)
Contoh: Trust Wallet, MetaMask, Ledger (untuk versi fizikal)
🛒 Beli BitCoin
Guna platform exchange (Luno, Binance, Coinbase). Boleh guna kad kredit/debit atau pindahan bank.
📤 Transfer BitCoin
Hanya perlu alamat dompet penerima (macam nombor akaun). Masukkan amaun, tekan hantar – settle!
![]() |
Aplikasi Luno ada jual beli BitCoin |
5 Contoh Transaksi Guna BitCoin
-
Beli Tiket Kapal Terbang – Beberapa syarikat penerbangan dah mula terima BitCoin
-
Beli barangan online – Contohnya beli barangan elektronik, pakaian, dan langganan servis VPN
-
Bayar perkhidmatan freelance – Ramai pereka grafik, penulis, atau developer freelance terima bayaran guna BitCoin
-
Derma kepada NGO – Beberapa badan amal seperti WikiMedia Foundation terima derma dalam BitCoin
-
Bayar makanan/minuman – Restoran dan kafe tertentu di bandar besar dah mula guna BitCoin sebagai bayaran
Apa kaitan Blockchain dengan BitCoin?
Kesimpulan: BitCoin Bakal Matawang Utama Masa Hadapan?
Tolong share post ini pada rakan-rakan! Sebab pengetahuan kewangan hari ini = kebebasan masa depan esok. Terima kasih kerana sudi baca post pasal BitCoin. Moga bermanfaat untuk anda semua.
No comments:
Post a Comment