Mar 30, 2012

Top 5 Antivirus in 2012 (Free & License)




Antivirus merupakan satu software paling wajib diinstall dalam komputer bagi mengelakkan serangan virus dari mencerobohi komputer anda. So sebagai epanduan kepada pengguna, berikut merupakan senarai antivirus yang boleh diinstall....


FREE VERSION

1)Lavasoft Ad-Aware Free Edition :
Kelebihannya boleh mengesan spyware dengan cekap
Download link: http://www.lavasoft.com/products/ad_aware_free.php

2)Comodo Internet Security :
Merupakan antivirus yang meningkat naik popularitinya+disertakan firewall dalam programnya
Download link:http://www.comodo.com/home/internet-security/free-internet-security.php

3)Panda Cloud Antivirus:
Berasaskan 'Collective Intelligence', data virus dianalisa dengan pantas untuk dihapuskan
Download link: http://www.cloudantivirus.com/en/forHome/

4)AVG Antivirus Free-Edition 2012:
Masih menjadi antivirus yang kerap didownload
Download link: http://free.avg.com/ww-en/free-antivirus-download

5)Avira AntiVir Personal:
Merupakan pilihan pengguna yang ingin menggunakan perisian antivirus percuma
Download link: http://www.avira.com/en/avira-free-antivirus


LICENSE VERSIONBerikut merupakan antivirus(license) terbaik pada tahun 2012

1)Comodo Antivirus 2012
2)Avast! Pro Antivirus 2012
3)Kaspersky Anti-Virus 2012
4)BitDefender Antivirus Plus
5)Panda Antivirus Pro 2012

Untuk memastikan terbaik untuk komputer anda, disarankan membeli antivirus yang berbayar, kerana ciri-cirinya lebih banyak dan lengkap berbanding antivirus percuma. Walaupun demikian, jika mahu menggunakan yang percuma, terserah pada kemampuan anda,yang penting pastikan sentiasa UPDATE antivirus anda dan juga lakukan SCAN komputer sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi menjamin komputer anda bebas daripada virus.

Mar 29, 2012

8 Ways to SECURE your PC

Macam mane nak lindungi komputer anda supaya maintain dan selamat dari dicerobohi?
Ikuti 8 kaedah ini:

1) Sentiasa UPDATE,UPDATE dan UPDATE OS anda(especially Windows)setiap hari.

2) Install FIREWALL (ZoneAlarm (_www.zonelabs.com) ada free versions yang leh download)

3) Install free spyware blocker (website yang ada surf boleh mencuri data tanpa anda sedari)

4) Install software yang boleh block pop-up.

5) Gunakan password yang kukuh (gabungan nombor dan huruf), dan menukar mereka secara berkala.

6) Membeli perisian antivirus dan pastikan ia sentiasa UPDATE.

7) Gunakan wireless yang anda kenal connectionnya (yang selamat).

8) Bersikap SKEPTIKAL apa yang ada di internet.

Semoga dengan langkah-langkah komputer anda dapat bertahan lama.

Mar 27, 2012

4 ALL READERS: WALLPAPER 4 U.


Thanks for your support and reading my blog.
This is gift from me..hope it remind you about my blog..

Please click this link below for download (1024 X 768) wallpaper size
iamluvit-wallpaper.jpg

Mar 26, 2012

Windows 7 Themes (Hidden!)

Apabila anda mula-mula memasang Windows 7, ia akan meminta untuk bahasa, masa dan mata wang. Berdasarkan jawapan anda, ia akan memasang satu set kertas dinding dan tema. Jika anda memilih English (US) untuk masa dan format mata wang, sebagai contoh, latar belakang dan tema desktop akan memasukkan satu bahagian Amerika Syarikat dengan pemandangan dari lokasi seperti Maine, Barat Daya dan sebagainya.

Namun ada yang terSEMBUNYI, adalah pemandangan wallpaper dan themes dari negara-negara yang lain - Australia, Kanada, Great Britain dan Afrika Selatan. Biasanya, tidak boleh mengakses wallpaper atau themes, tetapi ada cara mudah anda boleh memasang dan menggunakan mereka:

1. Dalam kotak carian di dalam jenis Start menu, C: \ Windows \ Globalization \ MCT dan tekan Enter. (Nota: Jika Windows 7 dipasang di dalam pemacu selain C:, guna drive yang dah install OS Windows 7)

2. Windows Explorer akan melancarkan dan menunjukkan kepada anda senarai subfolder di bawah C: \ Windows \ Globalization \ MCT: MCT-AU, MCT-CA, MCT-GB, MCT-AS, dan MCT-ZA. Subfolder masing-masing mempunyai wallpaper untuk sebuah negara tertentu: AU bagi Australia, CA bagi Kanada, GB untuk Great Britain, US untuk Amerika Syarikat, dan ZA untuk Afrika Selatan.



Bagi mana-mana negara-negara yang kertas dinding dan tema yang anda mahu gunakan, pergi ke dalam folder Tema, contohnya, C: \ Windows \ Globalization \ MCT \ MCT-AU \ Themes. Klik dua kali pada themes (untuk AU contohnya).


Anda kini boleh menggunakan seperti yang anda lakukan mana-mana themes lain atau wallpaper.Selamat Mencuba....

Mar 14, 2012

Xperia ion- Th Latest Sony Smartphone


" The world 1st Sony LTE smartphone "


Buat peminat Sony Ericsson (sekarang namanya Sony) telah mengeluarkan smartphones baru yang diberi nama Xperia ion. Dijangka kan akan mengatasi smartphones yang berada di pasaran, terutamanya Samsung Galaxy S2 dan Iphone 4S, kerana kelebihannya pada connection dan transfer rate yang pantas iaitu menggunakan LTE atau kata mudahnya 4G.
Ditambah dengan ciri-ciri yang menarik antaranya:

  • 12.1 megapixel camera with LED flash and Auto focus
  • Talk time 10hours
  • 1.5 Qualcomm Dual Core processor
  • xLOUD Experience – audio filter technology from Sony
  • Face Detection
  • dan macam-macam lagi


Nak taw lebih lanjut klik http://www.sonymobile.com

Saksikan iklan promo Sony Xperia ion ini.

Fast Shutdown,Fast Reboot PC with single click




Amat melecehkan kalau nak tutup PC yang menggunakan sistem OS Windows, sebab banyak benda kena klik. betul tak?
So cam mane nak atasinya?Ada caranya.


Firstly, kena buat pintasan pada desktop dengan mengklik kanan pada desktop,
dengan memilih New, dan kemudian memilih Shortcut.
Then, Shortcut Wizard akan muncul. Di dalam kotak meminta lokasi jalan pintas,taipkan coding ini:

shutdown -s -t 03 -c "Bye Bye m8!"

Kemudian,tekan Next.Pada kotak kosong, namakan sebagai "SHUTDOWN".Finish.Double-klik pada shortcut tadi, dan komputer akan shutdown selepas tiga saat dan memaparkan mesej "Bye Bye m8."

Kalau nak buat restart pulak, caranya sama dengan buat pintasan shutdown, tetapi tukarkan coding yang atas dengan ini:

shutdown -r -t 01 -c "Rebooting your PC"

Kemudian,tekan Next.Pada kotak kosong, namakan sebagai "RESTART".Finish.Double-klik pada shortcut tadi, dan komputer akan shutdown selepas satu saat dan memaparkan mesej "Rebooting your PC."

Dengan adanya shortcut, jimatkan masa untuk meng'shutdown'kan/meng'restart'kan PC anda dengan sekali klik.


Penjelasan tentang coding:
-s
Menutup PC.

-l
Log off pengguna semasa.

-t nn
Menunjukkan jangka masa kelewatan, dalam saat, sebelum melakukan tindakan RESTART@SHUTDOWN.

-c "messagetext"
Memaparkan mesej dalam tetingkap Sistem Shutdown.

-r
Reboots PC.


SELAMAT MENCUBA!




Mar 13, 2012

10 SEBAB mengapa PC crash U all mesti TAHU :-P


FATAL ERROR aka ralat maut (name pun seram je..he2) : sistem telah menjadi tidak stabil atau sibuk, ia berkata." "Enter to return to Windows or press Control-Alt-Delete to restart your computer. If you do this you will lose any unsaved information in all open applications." So kena tekan keys Control-Alt-Delete untuk matikan program crash/hang tu, dan balik ke sedia ada semula. Memang leceh..

Kadang- kadang lagi teruk kalau Death Blue Screen aka Skrin Biru Kematian, memang bertambah tennnnseeennnnnn.. contohnya cam ni.


Nak tahu puncanya? ada 10 punca,antaranya :

  1. Hardware conflict (ni terjadi sebab banyak sangat install hardware)
  2. Bad RAM (very serious hardware problem, tandanya kena ganti RAM baru la)
  3. BIOS Setting (gatal tangan nak usik BIOS)
  4. Hard disk drives (hard disk xleh write data,kena defrag selalu)
  5. Fatal OE exceptions and VXD error ( punca dari kad grafik yang berproblem)
  6. Viruses (ni paling bahaya kalu terkena)
  7. Printers (gune port printer same, tapi printer lain jenis)
  8. Software (terjadi bile salah uninstall, ade program x buang abis)
  9. Overheating (CPU Fan ade problem ni)
  10. Power supply problems ( xcukup power elektrik)
So, kalu terjadi crash, cube tengok salah satu punca kat atas, then baru amik langkah seterusnya, OK ;-)

Make a Website



Nak membina website, perlu tau kaedah dan prosesnya.
Bagi sesiape yang bercadang untuk membina website, klik pada link kat bawah ni untuk belajar.

http://www.make-a-web-site.com/
http://www.pagetutor.com/pagetutor/makapage/index.html
www.webmonkey.com

Dan untuk menghasilkan warna website nampak menarik dan matching, klik pada link ni.

http://colormatch.dk

Selamat mencuba!

Keyboard trick & tips



Menggunakan keyboard akan menjadikan kita lebih cekap menjalankan tugas apa-apa pada mana-mana sistem Windows. Cuba menggunakan pintasan papan kekunci (shorcut keys) berikut setiap hari:


ALT + Tab = Switch between windows (untuk tukar aplikasi)

ALT, Space, X = Maximize window (besarkan tetingkap aplikasi)

CTRL + Shift + Esc = Task Manager (untuk tengok applikasi ape yang running)

Windows key + Break = System properties

Windows key + F = Search (carian pantas)

Windows key + D = Hide/Display all windows

CTRL + C = copy (salin dengan cepat)

CTRL + X = cut (potong terus)

CTRL + V = paste (letak yang saling tadi dengan cepatnye..he2)

p/s: nak kejar mase bt assignment, leh blajar gune shortcut keys..he2

Membuat fail Autorun Untuk Cd





Jika anda
ingin membuat file autorun untuk CD yang anda sudah bersedia untuk "burn" hanya membaca ini ...


1) Buka notepad

2) sekarang tulis:

[autorun]
OPEN = INSTALL \ Setup_filename.EXE
ICON = INSTALL \ Setup_filename.EXE

Sekarang, simpanlah ia tetapi bukan sebagai fail .txt tetapi sebagai satu fail .inf

Tetapi ingat! "Setup_filename.EXE" MESTI diganti dengan nama fail setup. Dan perlu ingat bahawa tidak semua fail setup dipanggil .exe tetapi ada yang dipanggil .msi

3) Sekarang burn CD anda dengan autorun. Termasuk fail .inf.

4) Sekarang menetapkan CD dalam pemacu CD dan tunggu untuk autorun untuk memulakan atau jika tiada apa yang berlaku hanya klik dua kali pada pemacu CD.

DONE!

Mar 10, 2012

Beats by Dr Dre

Trend headphones kembali menjadi ikutan dengan terkenalnya "Beats by Dr Dre", yang dihasilkan oleh artis hip hop/komposer US yang terkenal iaitu Dr Dre. Kualiti bunyi muzik yang terhasil dari headphones memang menakjubkan ditambah gaya elegan pada rekaannya.
Berikut merupakan range produk "Beats by Dr Dre":
Untuk info lanjut, klik link ini http://beatsbydre.com

New iPad - gadjet Apple terbaru

Apple - The new iPad - It’s brilliant from the outside in.
Inilah iPad yang latest
Nak taw ape kelebihan iPad baru ni? layari http://www.apple.com/ipad/

Cloud computing = perkomputeran awan?

Cloud computing merupakan suatu trend teknologi yang begitu hot pada masa kini. Tapi kebanyakkan pengguna end user masih belum memahami apa yang dimaksudkan cloud computing. Apakah itu cloud computing?
Mengikut definisi daripada Wikipedia:
Cloud computing is the delivery of computing as a service rather than a product, whereby shared resources, software, and information are provided to computers and other devices as a utility (like the electricity grid) over a network (typically theInternet).
Anda faham tak maksudnya? Still blur lg. Ok, secara amnya cloud computing merupakan satu servis yang menawarkan perkongsian secara maya melalui internet, sebagai contoh untuk berkongsi fail (mp3, gambar, dokumen), perisian dan apa-apa informasi yang untuk digunakan bersama. Emel seperti Gmail,Yahoo Mail merupakan satu aplikasi cloud. Betul, kerana anda tidak meyimpan dalam storan PC anda tetapi anda simpan dan akses di server mereka.
Kelebihan cloud ialah mengurangkan kebergantungan terhadap insfraktrur anda, contohnya tidak perlu mempunyai storan yang besar kerana provider cloud memberikan anda pilihan storan maya mengikut kehendak dan keperluan anda. Pegiraan kos cloud ini bergantung kepada tahap penggunaan, misalnya jika sikit yang guna, sikit yang anda bayar, jika banyak sebaliknya. OK, lihat bil elektrik dan air. Jika menggunakan utiliti elektrik pada kadar minima, anda hanya bayar pada kadar minima tersebut. Begitulah kadar yang sama dipraktikkan dalam cloud computing.
Di Malaysia, cloud computing telah banyak diaplikasikan oleh company IT yang berteraskan data, kerana mereka menggunakan server untuk menguruskan data. Pengurusan data telah ditransferkan pada Cloud provider, dimana kesan positifnya telah mengurangkan beban dan belanjawan dalam sektor IT. Company lebih mudah berkembang pesat dengan menumpukan pada teras perniagaan tanpa perlu memikirkan masalah yang berlaku dalam data server.

Camne nak setting IP address?Ini caranya

1) Klik START, kemudian pilih dan klik pada Control Panel
2) Klik pada ikon Network Connections
3) Pilih ikon Local Area Network, dan klik kanan pada tetikus. Klik pada Properties.
4) Pilih Internet Protocol (TCP/IP) dan klik pada Properties.
5) Pilih Use the following IP address dan masuk IP setting. Rujuk perubahan no. (dalam bulatan merah) untuk penetapan bagi setiap PC. Nombor IP bagi setiap PC adalah berbeza.
6) Klik OK. Penetapan untuk IP telah berjaya dilakukan.

Basic Elements of a Computer?What is that?

Gambar di atas bukan lah elemen untuk komputer tetapi elemen untuk komputer terdiri daripada 4 elemen utama iaitu: Processor, Main Memory, I/O Modules dan System Interconnection.
Apakah fungsi-fungsi setiap elemen ini?
Processor bertindak mengawal operasi komputer dan melakukan fungsi pemprosesan data. Sebab itulah ia dirujuk sebagai Central Processing Unit.
Main memory berfungsi menyimpan data dan program-program.Ia merupakan volatile iaitu data akan hilang setiap kali komputer dipadamkan.
I/O Modules atau dikenali Input Output Modules pula membolehkan perpindahan data antara komputer dengan persekitaran luaran iaitu terdiri daripada external devices; secondary memory devices, communication equipment dan terminal.
System Interconnecion merujuk kepada struktur dan mekanisma yang menyediakan komunikasi di antara processors, main memory dan I/O modules.

DIY: Install Windows 7

STEP 1
Mula-mula anda set kan seqeunce boot dari DVD pada BIOS (boleh tekan F9 @ F12).
STEP 2
Set kan bahasa, masa dan currency format dan keyboard. Dan tekan NEXT.
STEP 3
Klik Install Now, sebab kita kita buat clean installation
STEP 4
Baca ckit terma-terma nye dan tick pada " I accept license term". Kemudian klik NEXT.
STEP 5
Klik pada Custom.
STEP 6
Pilih partion mane nak install Windows 7. Pastikan partion yang besar, supaya senang nak install program apa-apa nanti.
STEP 7
Tunggu sehingga proses installation files tamat. PC akan restart pastu automatik.
STEP 8
Jangan tekan apa-apa key masa PC reboot untuk biarkan proses installation Windows 7 bersambung.
STEP 9
Masukkan username dan nama computer (terpulang pada anda), masukkan juga passsword pada step seterusnya.
STEP 10
Taipkan pada product key. Jika mahu cuba trial selama 30 hari, biarkan kosong.
STEP 11
Pilih Recommended Settings dan confirmkan masa dan tarikh untuk next step seterusnya.
STEP FINAL
TAMAT. Selamat menggunakan Windows 7 (^_^)
Credit to : www.techtalkz.com

I Want Samsung Galaxy S II

Samsung Galaxy S 2 kalau dapat free nak tak? Mestilah! Tapi kenapa anda mesti dapatkan yer?
Sebab- Sebab ye :
4.3" SUPER AMOLED Plus
Warna yang terang, yang meningkatkan kejelasan warna dan imej handphone anda, dan menjimatkan penggunaan bateri
Dual Core Application Processor
Dengan adeye 2 core processor, kelajuan handphone 2 kali ganda dari biasa berbanding dengan handphone yang menggunakan1 core processor. Kalu main video high quality memang CUN.
8.49mm Slim Design
Dengan saiz begini, handphone Samsung Galaxy S 2 ini memang nampak sleek dan style.
8MP Camera with LED Flash
Saiz 8 Megapixels untuk gambar ditambah dengan cahaya LED, tidak payah bawa camera anda. Tinggalkan dan gunakanlah Samsung Galaxy S 2 sepuas-puasnya untuk tangkap memori hidup anda.
Samsung Voice Solution
Dengan aplikasi ini, nak buat call, set appointment, mainkan muzik dan macam-macam lagi boleh dilakukan dengan suara anda sahaja.
Cisco WebEx
Meeting online yang secure? ada disini. Ia membolehkan anda meeting dengan rakan ofis sambil berkongsi fail-fail yang perlu dibincangkan secara online dan selamat. Menarik bukan?
Sebenarye banyak lagi kelebihan Samsung Galaxy S 2 ini.Kalu nak tahu lebih kena la beli sebiji.Baru feel..he2

Micro computer? Mini Computer? Super Computer?

Micro computer? Mini Computer? Super Computer?
Apa beza ketiga-tiga komputer ini?
OK. Kita mulakan dengan micro computer. Ia merujuk kepada komputer yang lazimnya dikenali sebagai PC (Personal Computer), ataupun boleh didefinisikan sebagai komputer yang menggunakan single processor. Boleh dikenali dalam bentuk PC, workstation atau notebook.
Personal computer
Mini computer pulak merujuk kepada komputer saiz sederhana, yang bertindak sebagai komputer pusat, yang mengawal komputer-komputer yang berhubung dengannya. Kategori ini didalam bentuk server ataupun midrange computer.
Rambus: 1990 - 2010
Manakala untuk super computer, adalah komputer yang tercanggih, dimana mempunyai kadar pengiraan tertinggi, memory yang besar dan kos yang tinggi untuk dibina dan diselenggara.
Supercomputer bernama "Roadrunner"

Dunia komputer

Kita sekarang hidup dalam dunia komputer. Setiap hari mesti kita mengadap laptop,PC, netbook untuk surf internet (kebanyakkannya), selain buat keja menaip. Orang yang bekerja mesti kena ada basic skill tentang komputer, maklumlah semua kerja menggunakan komputer. Kat opis jumpe komputer, kat stesen LRT ade, kat rumah tentulah setiap famili dah ada, at least sebuah.
Tetapi tahukan anda apakah itu komputer? Komputer didefinisikan sebagai sebuah alat elektronik yang diprogramkan untuk menerima input,melakukan pemprosesan input tadi, keluarkan output dan juga boleh menyimpan data, program dan output yang dikehendaki. Komputer yang pertama mula dibangunkan pada pertengahan kurun ke 20(1940-1945) dimana pada saiz tersebut adalah seluas bilik yang besar! Dengan perubahan teknologi, bentuknya telah menjadi semakin kecil dan fungsinya telah dipelbagaikan.
Komputer pertama ciptaan Atanasoff and Clifford Berry (ABC Prototype) dlm tahun 1939
Generasi pertama berula vacuum tube, kemudian generasi kedua: transistor, seterusnya generasi ketiga: intergrated circuit tercipta, menyusul pula generasi keempat; microprocessor. Dengan terciptanya 4bit-4004 microprocessor,teknologi penghasilan komputer telah berkembang maju. Kemudian teknologi Internet mengambil alih. Tahukah anda 1st web browser adalah Mosaic yang dicipta sorang student dan sorang programmer. Kesannya, Internet telah mewujudkan dunia tanpa sempadan yang membolehkan perkongsian maklumat dengan pantas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...