Oct 19, 2015

Video Game Pertama adalah Ujikaji Sains?


Video Game Pertama adalah Ujikasi Sains? YA.

Kenapa? Bukan "Pong" ke Video Game Pertama? Baca cerita di bawah ini.



Sumber imej : Brookhaven National Laboratory

William Higinbotham, seorang ahli fizik nuklear telah menghasilkan satu ujikaji atau eksperimen yang pada mulanya untuk tujuan pameran (exhibition) untuk hari pengunjung tahunan di Brookhaven National Laboratory di Upton , New York. Selain itu, beliau ingin menunjukkan kepada umum bahawa sains  boleh membawa manfaat untuk semua. Pada tarikh Oct. 18, 1958 , eksperimen beliau telah menarik ratusan pengunjung untuk mencuba permainan hasil ciptaannya yang diberi nama “Tennis for Two”.


Macam mana bentuk permainan “Tennis for Two” ini?





Ia dimainkan pada skrin osiloskop 5 inci berserta dengan alat kawalan yang dilengkapi 2 butang, 1 butang untuk membuat pukulan, satu lagi mengawal gerakan bola ping pong. Mainkan video di atas untuk lebih memahami permainan ini. Artikel ini adalah sempena menyambut ulangtahun ke-50 tahun Games Sedunia, dan tambah menariknya Brookhaven National Laboratory memberi sesiapa untuk mencuba untuk kali kedua “Tennis for Two”.


Sumber: NBC News


Ralat: Video Game Pertama adalah ciptaan A.S. Douglas, pelajar PhD University of Cambridge. Game beliau simulasi pangkah dan salib, namun tidak ditayangkan pada umum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...