Samsung Galaxy Note 5
Smartphones unggul dengan Pen S, resolusi QHD dengan Super AMOLED, ciri multitasking yang sempurna, kualiti imej terjamin sangat cantik berserta penggunaan jangka hayat bateri yang lama.Kelemahan
- Harga yang mahal
- Binaan kaca tidak menjamin ketahanan seperti binaan aluminium
Samsung Galaxy S6
Satu lagi smartphones terbaik daripada Samsung. Menggunakan dua gabungan binaan iaitu aluminium dan kaca telah menghasilkan satu rekabentuk terbaik dalam kelasnya. Kameranya menghasilkan kualiti imej yang setanding iPhone, serta fingerprint scannernya yang sangat pantas.
Kelemahan
- Jangka hayat bateri yang sederhana sahaja
- Binaan kaca dibelakang badannya yang mudah tergelincir dari genggaman
LG G4
Merupakan rekaan unggul daripada LG, ia dilengkapi dengan kawalan manual kamera yang menyerupai DLSR, lebih pantas, serta memiliki kemasan kulit di bahagian belakangnya. Sesuai untuk mereka yang bergaya dan uptrend.
Kelemahan
- Saiz 5.5" mungkin tidak sesuai untuk sesetengah pengguna smartphones
- Binaan masih menggunakan plastik, bukan premium seperti kaca atau aluminium
One Plus Two
Generasi kedua kepada One Plus One, sesuai untuk peminat Android yang inginkan pure Android OS disamping harganya yang lebih berbaloi berbanding smartphones flagship Android yang lain. Dilengkapi dengan , fingerprint scanner,810 Snapdragon yang berkuasa, RAM 3GB, saiz 5.5" dengan resolusi Full HD, tentunya membuat anda tertarik untuk membelinya.
Kelemahan
- Saiz 5.5" mungkin tidak sesuai untuk sesetengah pengguna smartphones
- Memerlukan invitation daripada OnePlus sebelum boleh membelinya.
Sony Xperia Z5
Diiktiraf sebagai smarpthones nombor 1 terbaik dalam penghasilan pengimejan dan video oleh DxOMark mengalahkan smartphones lain yang berada di pasaran. Ini kerana ia menggunakan sensor imej terbaru keluaran Sony dan dilengkapi 23Megapixel kamera serta autofocus terpantas (0.03s). Xperia Z5 merupakan satu-satunya smartphones yang menyokong penambahan memori kad sehinnga 200Gb. Ditambah dengan kalis air dan debu, ia merupakan sebuah smartphones yang lengkap dan berbaloi untuk dimiliki.
Kelemahan
- Rekabentuk omnibalance mungkin tidak menarik perhatian untuk sesetengah pembeli
- Binaan kaca perlu penjagaan yang rapi
No comments:
Post a Comment