Oct 2, 2015

Ulasan iOS 9 daripada Apple



iOS 9, sistem operasi terbaru untuk iPad dan iPhone


Apakah iOS 9?

Ia merupakan OS versi terkini yang boleh digunakan oleh mana-mana iPhone (kecuali generasi iPhone4 dan sebelumnya) dan semua generasi iPad (kecuali iPad keluaran pertama). iOS 9 lebih kepada penambahbaikkan dan ciri-ciri baru kepada iOS 8 untuk mengembalikan semula keyakinan pengguna Apple yang mengadu bugs yang banyak di dalam iOS 8. Seperti kebiasaan untuk memuat turun versi terkini iOS memerlukan storan yang besar (contoh iOS 8 memakan storan 4.8Gb), namun untuk iOS9 hanya memerlukan 1.4Gb sahaja. Ia merupakan satu kelebihan pada pengguna iPhone yang menggunakan storan kecil 16Gb.



Ciri ciri terbaru iOS 9

Sumber: The Verge
  • Multitasking- dua aplikasi boleh dibuka serentak 
  • Carian luas (Spotlight) - pencarian yang lebih mendalam (web,apps,contact dll)
  • Siri yang lebih cekap dan baik dari dahulu
  • Font San Francisco digunakan (seperti font dalam Apple Watch)
  • Butang BACK pada aplikasi sedia ada untuk pergi ke aplikasi sebelumnya
  • Aplikasi Notes dinaiktaraf fungsinya
  • Aplikasi Maps akhirnya menambah ciri arah transit
  • Uppercase dan lowcase ditunjukkan dalam keyboard
  • Low power mode- menjamin penjimatan bateri




Ada bugs?

Walaupun ia merupakan versi terkini iOS, tidak semestinya iOS 9 bebas sepenuhnya daripada bugs (masalah sistem). Berikut merupakan bugs yang terdapat dalam iOS9:



  • Cellular setting akan turn off atau on dengan tiba-tiba
  • Activation iMessages menjadi masalah kepada sesetengah pengguna
  • Gangguan jika memilih iCloud backup secara manual
  • Screen rotation berlaku bila mendapat notifikasi terbaru
  • Penggunaaan kuasa bateri yang tidak stabil
  • Wifi Assist dikatakan punca penggunaan data rangkaian meningkat
Namun pengguna iOS 9 jangan risau, kerana update 9.0.2 telah mengatasi masalah-masalah tersebut. Secara rumusannya, ciri-ciri terbaru ini lebih menjadikan iOS 9 sentiasa lebih mesra pengguna dan versi yang lebih baik daripada sebelumnya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...