Apr 18, 2026

11 Perkakasan Wajib Ada Untuk Bina Komputer Sendiri

 


Pernah terfikir nak bina komputer sendiri? Ramai ingat ia susah, tapi sebenarnya ia menyeronokkan dan boleh jimat kos. Selain itu, anda boleh pilih spesifikasi ikut keperluan sendiri, sama ada untuk belajar, kerja, gaming atau buat kerja editing.

Jom kita belajar mengenali 11 perkakasan wajib yang perlu ada untuk bina sebuah komputer yang lengkap.


Perkakasan Wajib No.1: Processor (CPU) – Otak Komputer

Processor atau CPU ialah komponen paling penting dalam komputer. Ia berfungsi memproses semua arahan dan data. Lagi tinggi kelajuan (GHz) dan bilangan core, lagi laju prestasi komputer anda. Kerja pejabat memerlukan CPU sederhana sudah mencukupi, manakala untuk gaming / editing perlukan CPU lebih berkuasa.

👍Contoh CPU Terbaik:
  • AMD Ryzen 5 5600 – harga sekitar RM500 – RM700
  • Intel Core i5-12400F – harga sekitar RM700 – RM800

📌 Fakta:

  • Ryzen terkenal dengan value for money
  • Intel pula stabil untuk gaming & productivity

Perkakasan Wajib No.2: Motherboard – Pusat Sambungan

Motherboard ialah papan utama yang menghubungkan semua komponen seperti CPU, RAM dan storage.

👍 Contoh Motherboard Terbaik:
  • ASUS TUF Gaming B550M (AMD)  – harga sekitar RM450 – RM600
  • MSI PRO B660M-A (Intel)  – harga sekitar RM500 – RM700

📌 Tip:

  • Pilih yang ada RAM slot lebih & M.2 SSD support
  • Beli yang serasi dengan CPU
  • Mempunyai slot yang mencukupi
  • Menyokong upgrade masa depan

Perkakasan Wajib No.3:RAM – Memori Sementara

RAM (Random Access Memory) membantu komputer jalankan banyak aplikasi serentak tanpa lag. Cadangan minimum adalah 8GB, tapi yang ideal adalah16GB ke atas.

👍 Contoh RAM Terbaik:
  • Corsair Vengeance LPX 16GB DDR4  – harga sekitar RM300 – RM400
  • Corsair Vengeance RGB RS 16GB  – harga sekitar RM150 – RM300

📌 Tip:

  • 8GB = basic, 16GB = optimum, 32GB/64GB = heavy user
  • Lagi besar RAM, lagi lancar multitasking


Perkakasan Wajib No.4: Storage – Tempat Simpan Data

Storage digunakan untuk simpan semua fail, software dan sistem operasi.

Jenis utama yang SSD lebih laju, moden (disyorkan) dan yang HDD harga lebih murah dan boleh dapat kapasiti besar.

👍 Contoh Storage Terbaik:
  • Samsung 970 EVO Plus NVMe SSD  – harga sekitar RM250 – RM400
  • Kingston NV2 NVMe SSD  – harga sekitar RM200 – RM350

📌 Tip:

  • Guna SSD boleh boot Windows dalam beberapa saat sahaja
  • Boleh gabungkan SSD (simpan OS) + HDD (simpan data) untuk prestasi terbaik!


Perkakasan Wajib No.5: Graphics Card (GPU) – Paparan Grafik

GPU penting untuk paparan visual, terutama untuk yang selalu gaming dan buat kerja design. Tidak wajib jika hanya guna untuk kerja asas (CPU ada grafik siap terbina).

👍 Contoh GPU Terbaik:
  • RTX 4060 – harga sekitar RM1400 – RM1700
  • RX 6600  – harga sekitar RM1100 – RM1300

📌 Tip:

  • GPU NVIDIA → sesuai AI, editing, ray tracing
  • GPU AMD → lebih murah dengan prestasi hampir sama


Perkakasan Wajib No.6: Power Supply (PSU) – Bekalan Kuasa

PSU membekalkan elektrik kepada semua komponen. Penting untuk pilih PSU yang berkualiti dan cukup watt (biasanya 500W–750W untuk pengguna biasa)

👍 Contoh PSU Terbaik:
  • Corsair CV650 – harga sekitar RM250 – RM350
  • Cooler Master MWE 650W – harga sekitar RM250 – RM400

📌 Tip:

  • Elakkan PSU murah (PSU murah boleh rosakkan komponen lain)
  • Pilih sekurang-kurangnya 80+ Bronze kerana menawarkan cekap tenaga dan mesra bajet untuk PC permainan atau produktiviti kelas pertengahan,

Perkakasan Wajib No.7: Cooling System – Penyejukan

Komputer akan jadi panas bila digunakan. Sistem penyejukan penting untuk elak overheat. Ada yang jenis air cooling (kipas) dan jenis liquid cooling (lebih advance).

👍 Contoh Air Cooling Terbaik:

  • Cooler Master Hyper 212 – harga sekitar RM150 – RM250
  • Deepcool AK400 – harga sekitar RM120 – RM200

📌 Tips:

  • Pasang lebih dari 1 unit untuk elakkan CPU panas dan prestasi drop
  • Cooling bagus menjadikan PC tahan lama

Perkakasan Wajib No.8: Casing – Rumah Komputer

Casing ialah tempat semua komponen dipasang. Pilih casing yang ada airflow baik dan saiz sesuai dengan motherboard. Design tu boleh ikut citarasa anda.

👍 Cadangan Casing Terbaik 
  • NZXT H510 – harga sekitar RM300 – RM450
  • Tecware Forge M – harga sekitar RM150 – RM250

📌 Tip:

  • Pilih casing dengan fan airflow baik
  • Pastikan muat GPU panjang

Perkakasan Wajib No.9: Monitor – Paparan Visual Komputer

Monitor ialah komponen penting yang menentukan pengalaman visual anda — sama ada untuk kerja, gaming atau editing. Tips untuk pilih monitor Office / Study adalah pilih yang saiz 22” – 24” Full HD sudah mencukupi, untuk gaming wajib pilih refresh rate tinggi (144Hz ke atas), dan untuk kerja design / editing disyorkan pilih panel IPS/OLED untuk warna lebih tepat, dan ambil nilai sRGB/P3 paling tinggi.

👍 Cadangan Monitor Terbaik 
  • LG 24MP400-B – harga sekitar RM400 – RM600 24”, Jenis Full HD, IPS
  • AOC 24G2SP – harga sekitar RM700 – RM900 24”, kadar segar semula 165Hz, Kegunaan Gaming

📌 Tip:

  • Monitor 144Hz memberi pengalaman gaming lebih smooth berbanding 60Hz
  • Saiz skrin dan resolusi (1080p, 1440p, 4K) sangat mempengaruhi pengalaman pengguna

Perkakasan Wajib No.10: Keyboard – Alat Input Utama

Keyboard digunakan untuk menaip, gaming dan kawalan komputer. Jenis Keyboard ada 2 iaitu pertama Jenis Membrane: senyap, murah (office), keduanya Jenis Mechanical: lebih responsif (gaming & typing heavy). Tapi tak kisah pun jenis yang mana asalkan anda selesa menaip menggunakannya.

👍 Cadangan Keyboard Terbaik:
  • Logitech K120 – harga sekitar RM30 – RM60, Kegunaan Basic Office
  • Razer Ornata V3 – harga sekitar RM200 – RM350, Kegunaan Gaming RGB

📌 Tip:

  • Pilih keyboard ikut keselesaan tangan
  • Kalau ada lampu backlit lagi selesa lihat bila menaip waktu malam


Perkakasan Wajib No.11:Mouse – Kawalan Pergerakan

Mouse penting untuk navigasi, gaming dan kerja design. Tips pilih mouse adalah pilih DPI tinggi (800 and 1600 untuk kerja pejabat, 8000 DPI ke atas untuk gaming) dan pastikan pilih mouse yang tepat dan ergonomik untuk bentuk tangan anda.

👍 Cadangan Mouse Terbaik:
  • Logitech B100 – harga sekitar RM20 – RM40, Kegunaan Office / Basic
  • Logitech G102 Lightsync – harga sekitar RM80 – RM150, Kegunaan Gaming

📌 Tip:

  • Guna DPI tinggi akan membuatkan pergerakan mouse lebih sensitif
  • Mouse yang ergonomik boleh elak sakit pergelangan tangan


Kesimpulan

Membina komputer sendiri bukan sahaja menjimatkan, malah memberi kepuasan tersendiri. Dengan memahami fungsi setiap komponen, anda boleh bina PC yang sesuai dengan keperluan dan bajet.

Terima kasih sudi baca post ini. Jumpa di post yang seterusnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...