Apr 17, 2014

Luaskan Carian di Internet?

Kebanyakkan pengguna internet mencari info atau maklumat di internet menggunakan enjin carian (search engine) Google sahaja, namun sebenarnya pengguna boleh meluaskan lagi skop carian. Terdapat pelbagai lagi enjin boleh yang boleh memaparkan hasil carian yang setanding dengan Google, malahan mungkin lebih baik. IAMLUVIT menyenaraikan beberapa enjin carian boleh dicuba, antaranya:-

Yahoo!


Yahoo! merupakan saingan kuat kepada Google pada masa dahulu, namun ketinggalan jauh dengan pesaingnya pada masa sekarang. Walaubagaimanapun ia masih merupakan enjin carian yang baik.


Bing


Dibangunkan oleh Microsoft, enjin carian Bing semakin meningkat prestasinya dalam membuat carian di internet. Sebelum ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Live Search, Windows Live Search dan MSN Search.


Ask.com



Enjin carian Ask.com @ Ask mengaplikasikan algoritma carian berasaskan pertanyaan. Dibangunkan pada 1996 oleh Garret Gruener dan David Warthen di Berkeley, California.




Dogpile



Dogpile adalah enjin pencarian yang mencapai keputusan dari Google, Yahoo! dan Yandex, dan termasuklah hasil dari beberapa enjin carian popular yang lain, termasuk dari pembekal kandungan video audio dan video. Hasil carian dari pelbagai enjin akan diekstrak, ditapis dan dibandingkan, kemudiannya hasil carian yang terbaik sahaja akan dipaparkan pada Dogpile.


Webopedia



Enjin carian khusus untuk profesional IT dan pendidik, memberikan definisi kata-kata, frasa dan singkatan yang berkaitan dengan pengkomputeran. Selain itu, Webopedia amat berguna kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih mendalam akan terma-terma yang digunakan dalam bidang IT.


Duck Duck Go



DuckDuckGo merupakan enjin carian Internet yang menekankan privasi pencari dan mengelakkan "filer bubble" . Ia membezakan dirinya daripada enjin carian lain dengan tidak merekodkan profil pengguna dan dengan menunjukkan semua hasil carian yang sama untuk apabila istilah carian diberikan. Ia amat berbeza dengan Google yang hanya akan memaparkan hasil carian berdasarkan jumlah kekerapan sesebuah laman web paling dilawati pengguna.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...