Sep 12, 2014

Apple Watch,Jam Digital Edisi Apple Bakal Dilancarkan 2015


Tim Cook, CEO Apple Incorporated dengan bangganya memperkenalkan jam digital edisi Apple yang diberi nama Apple Watch. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai jam digital yang mengfokuskan kepada ciri-ciri kesihatan dan kecergasan, malahan ketelitian pembinaan dan ketepan masa juga diambil kira. Apa yang membezakan Apple Watch dengan pesaingnya ialah ia menggunakan 'Digital Crown' untuk membolehkan kawalan mekanik terhadap sistem jam seperti scroll, zoom, dan navigate tanpa perlu menyentuh skrin.



Apple Watch mempunyai 6 rekaan tali yang berbeza dan dua saiz (38mm dan 42mm) serta 3 kemasan yang berbeza, dan ia pengecasan bateri menggunakan wayarles yang melekat secara kukuh pada bahagian bawahnya.


3 pilihan rekabentuk Apple Watch
Kaca yang digunakan pada permukaannya adalah jenis Sapphire yang mana diketahui merupakan bahan yang kalis calar dan tidak mudah pecah. Apple Watch mempunyai giroskop terbina didalamnya , sensor pecutan, sensor kadar jantung, dan Taptic Engine untuk input penderiaan. Tatpic Engine membantu sistem jam untuk membezakan input jari pengguna sama ada sedang tap atau menekan lama permukaan jam.

Siri pembantu digital Apple dipasang bagi membantu menjalankan aplikasi peta dan gambar pada Apple Watch. Aplikasi Fitness dan Workout  pula akan berfungsi mengumpul data biometrik (denyutan jantung,larian, menaiki tangga) setiap hari pengguna Apple Watch dan ia secara tidak langsung menggalakkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.

Terdapat juga aplikasi WatchKit bagi menukarkan antaramuka jam untuk menjadikan ia lebih personal untuk pengguna Apple Watch. Selain itu ciri-ciri menarik jam Apple ini ialah remote Apple TV, fungsi walkie talkie, menjalankan fungsi Apple Pay dan keupayaan untuk berfungsi sebagai remote viewfinder untuk kamera iPhone. Untuk sesiapa berminat membeli Apple Watch ini harga permulaannya ialah USD$ 349 dan ia boleh dibeli pada awal tahun 2015 melalui Apple Store.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...