Sep 11, 2014

Generasi Baru Moto G dan Moto X

Motorola telah memperkenalkan generasi baru bagi smartphones mereka iaitu Moto G dan Moto X. Tekaan awal mengatakan generasi baru ini menggunakan nama berbeza namun Motorola masih mengekalkan nama lama namun prestasi dan spesifikasi telah dipertingkatkan. Apakah perubahan tersebut? Blog iamluvit akan mengulas untuk pembaca.


Moto G


Skrin
Moto G telah diperbesarkan kepada 5" namun masih mengekalkan resolusi 1280X760. Ini menghasilkan 292dpi.

Speaker
Kini kedudukan speaker diubah ke hadapan dengan kualiti stereo, bermakna audionya lagi bertambah baik.

Kamera
Kamera belakang kini 8Mp berbanding dengan 5Mp pada model lama. Manakala kamera hadapan telah menjadi 2Mp

OS Android
Moto G generasi baru telah sedia dibekalkan dengan OS Android paling terkini iaitu Android Kitkat 4.4.4

Storan
Secara official dari website Motorola, hanya terdapat 8GB storan pada Moto G tetapi kini disertakan slot micro SD untuk penambahan data.







Moto X


Skrin
Moto X mempunyai skrin 5.2" dengan paparan 1080p, lebih baik dari segi saiz dan paparan Moto X lama.

Cip
Kini Motorala menggunakan cip Snapdragon 801 bagi memberi saingan kepada pengeluar smarphones premium yang lain


Kamera
Kamera belakang telah menjadi 13-megapixel, namun kamera hadapan masih mengekalkan 2-megapixel.

Cover
Seperti diketahui Moto X ada pilihan cover dibelakangnya. Kini pilihan menjadi lebih banyak dengan penambahan cover buluh,jeans dan kulit.

OS Android
Moto X dipasang dengan OS Android paling terkini iaitu Android Kitkat 4.4.4, dan dijanjikan dengan  pemasangan Android L selepas 30 hari dilancarkan.

Speaker
Sama seperti Moto G, kini kedudukan speaker diubah ke hadapan dengan kualiti stereo.

Mic
Dilengkapi 4 Mic dengan teknologi Crystal Talk, kualiti audio berbual kini lebih jelas.





Sumber: Motorola US

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...