Sep 11, 2014

Sony Xperia Z3- Siri Terbaik Daripada Sony





Kenapa blog iamluvit memilih tajuk post kali ini Sony Xperia Z3- Siri Terbaik Daripada Sony? Kerana Sony telah menlancarkan 3 produk rangkaian terbaik untuk pengguna iaitu Sony Xperia Z3, Sony Experia Z3 Compact dan Sony Xperia Z3 Tablet Compact. Setiap satunya mempunyai pasaran berbeza yang disasarkan oleh pihak Sony.





           Untuk  Sony Xperia Z3, ia merupakan smarphones premium dan paling canggih yang ditawarkan oleh Sony kepada pengguna. Dilengkapi dengan cip pemprosesan 2.5 GHZ empat teras Snapdragon 801, RAM 3 Gigabyte , storan dalaman 16 Gigabyte dan bateri sebesar 3100 mAh. Skrinnya pula ialah 5.2" Full HD (1920x1080 pixels), senipis 7.3 mm dan beratnya hanya 152 grams. Kamera belakang 20.7 MP dengan auto focus, 2.2 MP kamera hadapan dan nilai ISO menjangkau ISO12800. Sudah tentunya kualiti gambar sangatlah cantik dan berkualiti. Ditambah pula dengan kalis air dan debu (IP65 dan IP68), sememangnya Sony Xperia Z3 antara kelompok smartphones terbaik. Terdapat 4 pilihan warna bagi Sony Xperia Z3 iaitu putih, hitam, hijau dan tembaga.






          Adik Xperia Z3, Xperia Z3 Compact pula mempunyai skrin 4.6″ LCD IPS Triluminos. Pemproses masih lagi sama dengan abangnya iaitu 2.5 GHZ empat teras Snapdragon 801, RAM 2GB dan storan 16 Gigabyte. Kamera belakang juga 20.7 MP dan 2.2 MP kamera hadapan. Walaupun tak segah Z3, ia juga boleh mengambil video resolusi 4K.  Saiz bateri dibekalkan untuk Z3 Compact berkurang sedikit iaitu hanya 2600 mAh.Pilihan warna Z3 Compact ada 4 pilihan iaitu putih,hitam,hijau dan oren






         Produk terakhir sekali dalam famili Z3 ialah Sony Xperia Z3 Tablet Compact. Merupakan tablet ternipis (hanya 6.8mm) dan teringan(240g). Ditambah pula dengan ciri-ciri kalis air dan debu, ia merupakan tablet terbaik (mungkin no.1) dalam kelompok tablet yang berada di pasaran. Skrinnya yang berukuran 8"  dengan TRILUMINOS™ Display serta cip pemprosesan Qualcomm® Snapdragon™ 2.5 GHz empat teras sangat sesuai untuk aspek hiburan dan juga kerja. Dari segi memori pula, ia didatangkan dengan 3GB RAM, storan 16GB/32GB dengan slot memori tambahan sehinngga 128GB. Sony Xperia Z3 Tablet Compact ini mempunyai jangka hayat menunggu sehingga 990 jam, kerana diletakkan kuasa bateri 4500mAh. Sony Xperia Z3 Tablet Compact disokong PS4™ Remote Play yang membolehkan kawalan terhadap PlayStation 4 menggunakan sambungan WiFi. Pilihan warnanya hanya ada dua sahaja, iaitu hitam dan putih.





Sumber: Sony Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...