Apr 16, 2014

Google Membeli Aset Terbaru: DRON


Google Inc menambah aset mereka dengan membeli teknologi dron daripada sebuah syarikat dron Titan Aerospace. Syarikat yang berpengkalan di New Mexico, US merupakan pembangun dron berasaskan kuasa solar. Sebelum ini Facebook cuba membeli syarikat ini pada nilai tawaran USD$60 juta, namun tidak dimuktamadkan pembeliannya. Biasanya dikenali sebagai dron,ia merupakan sebuah kenderaan tanpa pemandu udara (UAV),  lebih senang difahami ia adalah pesawat tanpa juruterbang manusia. Penerbangan dikawal sama ada secara autonomi oleh komputer atau dengan kawalan jauh juruterbang di daratan atau di dalam kenderaan lain.

        Menurut penganalisis, motif pembelian dron ini adalah membantu pihak Google memetakan permukaan bumi untuk diaplikasikan dalam Google Earth dan Google Maps. Motif lain pula dipercayai untuk membantu dalam pembangunan Project Loon (projek perkongsian internet menggunakan belon). Nampaknya Google ingin menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dan maju dalam teknologi berbanding pesaing-pesaingnya yang lain disamping menyumbang kepada pengguna secara amnya.




Sumber: Business Insider

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...