Apr 28, 2014

Tips Memiliki Power Bank



Smartphones di pasaran sekarang kebanyakkannya mempunyai suatu persamaan ketara iaitu cepat kehabisan bateri. Ini amat menyusahkan pengguna smartphones dalam menggunakannya pada tempoh yang lama dan perlu mengecas semula. Menambah malang lagi jika smartphones kehabisan bateri pada waktu kecemasan.
          
           Namun dengan perkembangan teknologi terhasillah suatu peralatan yang membantu pengguna mengecas smartphones mereka di mana-mana sahaja tanpa perlu menghubungkan dengan plug kuasa. Ia dipanggil POWER BANK.

           Pada masa kini terdapat pelbagai jenis power bank yang terdapat dipasaran. Ia berbeza dari segi rekaan dan output kuasa. Output kuasa power bank diukur dalam milliampere-hour (mA·h or mAh). Semakin tinggi nilai mAh semakin besar kuasa yang boleh digunakan untuk mengecas smartphones. Kandungan bateri dalam powerbank adalah dari jenis Li-Ion dan Li-Polymer. Powerbank jenis Li-Polymer lagi bagus berbanding Li-Io kerana ia lebih tahan panas dan jangka hayat lama.



          Sebelum membeli sesebuah powerbank, sila baca Tips Memiliki Power Bank ini:-


Periksa kapasiti kuasa yang dipamerkan samada betul atau tidak
Powerbank 12,000mAh, kapasitinya dikira seperti ini :

3000mAh x 4 = 12,000mAh.

Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 4 = 8800mAh.

Untuk powerbank yang mempunyai kapasiti 18,000mAh pula, kapasitinya dikira seperti ini :

3000mAh x 6 = 18000mAh

Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 6 = 13,200mAh.


Beli jenama yang dikenali dan dijamin waranti
Bateri yang dibuat di Jepun seperti Sanyo dan Panasonic mempunyai kapasiti 3100mAh, dan mempunyai waranti setahun. Walaupun hargnya mahal tetapi berbaloi untuk dimiliki. Sila berhati-hati dengan powerbank yang memiliki kuasa mAh tapi berharga murah. Mesti ada yang tidak kena dengan powerbank tersebut.
Panasonic KBC-L2B Sanyo Eneloop Li-ion PowerBank 5000mAH White



Periksa originaliti powerbank
Sebelum membeli periksa rekabentuk powerbank tersebut. Ini kerana pada masa sekarang terdapat klon-klon powerbank yang berlambak dipasaran. Jika terdapat kecacatan rekaan pada powerbank, itu menunjukkan ia adalah palsu. Untuk membantu pengguna dalam pembelian powerbank, pengilang powerbank kini telah meletakkan no siri terhadap produk mereka untuk memudahkan pengguna memeriksa keaslian powerbank yang ingin dibeli.



Beli dari pengedar sah
Elakkan membeli dari talian internet ataupun dari orang peseorangan. Membeli dari pengedar yang sah anda akan mendapat jaminan waranti jika apa-apa berlaku semasa tempoh menggunakan powerbank yang dibeli. Malahan pengedar akan memberitahu powerbank yang bersesuaian dengan smartphones anda kerana tidak semua powerbank boleh digunakan secara universal.


Tips terakhir, belilah powerbank yang original dan berkualiti supaya boleh digunakan untuk tempoh yang lama. Biar mahal asal bagus.

Jangan terbeli powerbank berkuasa pasir.he2




         

          

Apr 17, 2014

Luaskan Carian di Internet?

Kebanyakkan pengguna internet mencari info atau maklumat di internet menggunakan enjin carian (search engine) Google sahaja, namun sebenarnya pengguna boleh meluaskan lagi skop carian. Terdapat pelbagai lagi enjin boleh yang boleh memaparkan hasil carian yang setanding dengan Google, malahan mungkin lebih baik. IAMLUVIT menyenaraikan beberapa enjin carian boleh dicuba, antaranya:-

Yahoo!


Yahoo! merupakan saingan kuat kepada Google pada masa dahulu, namun ketinggalan jauh dengan pesaingnya pada masa sekarang. Walaubagaimanapun ia masih merupakan enjin carian yang baik.


Bing


Dibangunkan oleh Microsoft, enjin carian Bing semakin meningkat prestasinya dalam membuat carian di internet. Sebelum ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Live Search, Windows Live Search dan MSN Search.


Ask.com



Enjin carian Ask.com @ Ask mengaplikasikan algoritma carian berasaskan pertanyaan. Dibangunkan pada 1996 oleh Garret Gruener dan David Warthen di Berkeley, California.


Apr 16, 2014

Google Membeli Aset Terbaru: DRON


Google Inc menambah aset mereka dengan membeli teknologi dron daripada sebuah syarikat dron Titan Aerospace. Syarikat yang berpengkalan di New Mexico, US merupakan pembangun dron berasaskan kuasa solar. Sebelum ini Facebook cuba membeli syarikat ini pada nilai tawaran USD$60 juta, namun tidak dimuktamadkan pembeliannya. Biasanya dikenali sebagai dron,ia merupakan sebuah kenderaan tanpa pemandu udara (UAV),  lebih senang difahami ia adalah pesawat tanpa juruterbang manusia. Penerbangan dikawal sama ada secara autonomi oleh komputer atau dengan kawalan jauh juruterbang di daratan atau di dalam kenderaan lain.

        Menurut penganalisis, motif pembelian dron ini adalah membantu pihak Google memetakan permukaan bumi untuk diaplikasikan dalam Google Earth dan Google Maps. Motif lain pula dipercayai untuk membantu dalam pembangunan Project Loon (projek perkongsian internet menggunakan belon). Nampaknya Google ingin menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dan maju dalam teknologi berbanding pesaing-pesaingnya yang lain disamping menyumbang kepada pengguna secara amnya.




Sumber: Business Insider

Apr 15, 2014

RIP Windows XP



Pada hari Selasa 8hb April 2014 secara rasminya Microsoft Inc telah menamatkan sokongan terhadap sistem operasi Windows XP yang suatu ketika dahulu merupakan perisian OS yang telah menyelamatkan Microsoft daripada kegagalan OS terdahulu, Windows 2000 dan ME. 


        Dilancarkan pada 25 October 2001 ia telah menjadi produk Microsoft yang terlaris dalam pasaran OS. Ini disebabkan cirinya yang stabil dan pantas. Dengan sokongan teknikal yang sentiasa mengemaskini patch Windows XP, ia merupakan OS yang jarang diserang pengodam dan virus. Windows XP ditawarkan dengan pelbagai versi seperti Home Edition, Professional, Windows XP 64-bit Edition, Windows XP Media Center Edition dan Windows XP Tablet PC Edition. 

Windows XP loading
Windows XP startup

     Sebagai mengimbau nostalgia Windows XP, Microsoft mencipta permainan Escape from XP ini bagi mengubat rindu pengguna-pengguna XP.

      

Apr 11, 2014

Heartbleed bug ancaman keselamatan web



Mungkin ramai yang sedar atau tidak tentang kemunculan Heartbleed bug (pepijat) yang sekarang menjadi ancaman pada keselamatan laman web. Ia boleh mencuri nama pengguna dan password tanpa pengguna sedari bila melayari sesebuah laman web. Ancaman ini amat berbahaya terutama yang melibatkan transaksi online. Masalah ini merumitkan kepada pentadbir laman web kerana perlu menampal patch dan menyemak semula digital certificate sedia ada. 

Sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna sila lakukan "ujian Hearbtleed" pada laman web yang selalu dilayari untuk menyemak adakah selamat atau tidak daripada serangan Heartbleed bug. Pengguna juga harus selalu menukar nama pengguna dan kata laluan bagi mengurangkan potensi kecurian maklumat. CNET telah melakukan ujian terhadap 100 laman web di US dan melaporkan keputusannya di SINI.



SUMBER: Redwrite.com

Apr 4, 2014

Interface pertama Facebook (ORIGINAL)

Interface login The Facebook

Facebook profile


Inilah antaramuka pertama Facebook pada awal kemunculannya dalam tahun 2004. Dikenali dengan nama The Facebook pada awalnya, Mark Zuckenberg merekaciptanya untuk menghubungkan pelajar-pelajar Universiti Harvard.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...