Nov 12, 2013

Outlook kata Gmail menipu?



Microsoft melancarkan kempen 'kasar' terhadap Google melalui laman web Keep Your Email Private.Com dengan mengatakan servis Gmail menipu penggunanya. Microsoft mendakwa bahawa data email pengguna Gmail dimanipulasi untuk tujuan pemasaran produk. Microsoft menggesa pengguna agar beralih kepada Outlook servis email Microsoft yang lebih baik dari privasi dan keselamatan data pengguna.


Bukti penyalahgunaan Gmail yang didakwa Microsoft
     
       Malahan lagi, Microsoft menjelaskan bahawa pengguna yang bukan pengguna Gmail jika menghantar email kepada pengguna akaun Gmail, keywords yang terdapat dalam email mereka akan digunakan sebagai alat carian bagi pemasaran produk. Disamping itu, Microsoft menggesa pengguna menandatangani petisyen supaya Google menghentikan penyalahgunaan email bagi tujuan pemasaran. Tapi yang menariknya Microsoft menyertakan penterjemah khas (Pig Latin translator) supaya Gmail tidak boleh membaca perkataan email anda seperti di bawah ini.






Walau apa pun, ini adalah salah satu teknik pemasaran oleh Microsoft untuk mempromosikan Outlook.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...