Nov 7, 2013

10 Tanda komputer anda telah diHack

Untuk mengetahui yang privasi dan keselamatan data anda telah dicerobohi, sila baca senarai 10 Tanda Anda Telah diHack  dibawah



Mesej Antivirus Palsu




Apabila anda tiba-tiba menerima amaran yang komputer anda telah dijangkiti virus, AWAS kerana itu merupakan antivirus palsu. Jika anda memuat turun perisian tersebut, sebenarnya anda telah membuka pintu kepada virus,trojan,malware untuk merosakkan komputer anda.



Toolbar pelik pada browser




Perkara ini berlaku apabila anda menginstall aplikasi yang disertakan sekali dengan toolbar secara tidak sengaja. Baca dengan teliti apabila menginstall sesuatu perisian kerana kemungkinan toolbar yang diinstall boleh mencuri data peribadi anda (contoh: password) dan melembabkan browser.


Carian enjin pelik




Biasanya browser akan menetapkan enjin carian mengikut standardnya sebagai contoh browser Chrome akan menetapkan enjin carian Google sebagai enjin carian utama. Sebaliknya jika perubahan setting ini diubah menggunakan carian lain, kemungkinan hasil carian berbeza dan dipenuhi dengan iklan-iklan yang tidak dikendaki.



Popup selalu keluar





Sering kali jika anda sedang melayari internet, macam-macam popup keluar mengiklankan sesuatu produk atau perisian, itu tandanya keselamatan komputer anda lemah. Update selalu antivirus anda dan install firewall untuk mengelakkan risiko dicerobohi.



Email palsu disebar tanpa izin


Kawan anda mengadu anda banyak menghantar email yang pelik kepadanya, namun anda menyakini yang anda tidak pernah berbuat begitu. Situasi ini menunjukan senarai email anda telah dicuri dan dimanipulasi oleh pihak ketiga tidak bertanggungjawab.



Password telah diubah


Jika terdapat notis mengatakan anda telah menukar password yang sebenarnya anda tidak melakukannya, itu menunjukkan ada individu lain telah mengakses akaun anda dan menukarkan password. Jangan biarkan anda menjadi mangsa hack. Selalu logout apabila tidak mengakses sesebuah laman web terutama Faceboook, Twitter dan sebagainya.



Perisian pelik diinstall sendiri

Jangan mendowload perisian yang tidak anda ketahuinya. Kalau anda tidak pasti, cuba tanya kepada rakan yang pakar IT sebelum anda bakal berdepan risiko sistem pengoperasian (OS) anda korup.


Arrow mouse bergerak sendiri

Arrow mouse anda bergerak dengan sendiri tanpa kawalan anda, itu merupakan tanda yang komputer anda telah dikawal oleh seseorang dari jarak jauh secara online. Perkara ini amat berbahaya kerana anda telah hilang penguasaan terhadap keselamatan komputer anda. Fail-fail penting mungkin akan dicuri atau dimusnahkan tanpa pengetahuan anda.



Task Manager, Antivirus, Register editor dimatikan


Perisian diatas merupakan perisian utiliti keselamatan yang membantu dan menyimpan data komputer. Jika perisian-perisian tersebut sudah tidak berfungsi, itu menunjukkan virus telah berjaya memasuki sistem komputer.


Wang lesap dalam akaun bank online


Baki akaun anda semakin hari semakin berkurangan walaupun anda tidak membuat sebarang transaksi pengeluaran, segera laporkan kepada pihak bank. Akaun anda mesti segera ditutup untuk mengelakkan kecurian wang anda berterusan. Jangan membuat transaksi online di cyber cafe, kerana password anda mudah untuk disalin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...