Nov 14, 2013

Moto G daripada Motorola - Berkuasa tetapi Murah?



Motorola yang kini dibawah syarikat Google Inc kini memperkenalkan model smartphones terbaru mereka baru-baru ini iaitu Moto G. Menekankan kepada tema "Exceptional phone. Exceptional price.", Moto G merupakan smartphones yang berkuasa tetapi pada tag harga yang berpatutan (lebih murah!). Hasil idea penciptaan Moto G ini didorong oleh niat Motorola yang menginginkan semua pengguna di seluruh dunia dapat menggunakan teknologi smartphones sepenuhnya tanpa perlu mengeluarkan belanja lebih atau hanya dapat memiliki smartphones yang berprestasi rendah kerana kekurangan bajet.

Antara spesifikasi menarik Moto G ini adalah:



  • skrin bersaiz 4.5-inci,
  • 1280 x 720 HD, 329 ppi
  • memori 1GB RAm, 
  • cip empat-teras Snapdragon 400 1.2 GHz,
  • bateri 2070mAh
  • Android 4.3 (update 4.4 dalam Januari)
  • Bateri 2070 mAh (10 jam penggunaan maksimum)
  • Storan pilihan 8 GB,16GB
  • Corning Gorilla Glass
  • 5MP kamera belakang dan 1.3MP hadapan dengan sokongan 720p HD video
  • Bluetooth versi 4.0

Di samping itu, aksesori seperti sarung telefon (Shells)SOL REPUBLIC JAX Headphones dan  Motorola Grip Shell pelbagai pilihan warna turut dijual secara berasingan.




Ok, kenapa anda perlu beli Moto G? Sebabya....


Pertama
Spesifikasi terbaik tetapi harga murah (cuma USD 179 utk 8GB, USD 199 16GB). Dalam RM 573.25 dan RM 637.30 sahaja. campur cukai maybe dalam tambahan RM100-200.

Kedua
Tiada custom UI vendor telefon, Android yang suci murni. Diketahui custom UI ini yang menyebabkan storan menjadi kurang dan menyebabkan lagging pada smartphones

Ketiga
Storan percuma sebanyak 50GB pada Google Drive untuk 2 tahun. Lagipun dalam Google Drive sudah diberi 15GB percuma. 

Keempat
Sokongan dari pembina Android iaitu Google menjaminkan smartphones Moto G mendapatkan update dan sokongan untuk OSnya.

Kelima
Casingnya boleh ditanggalkan untuk ditukar dengan warna lain sebagai nilai tambah pada pengguna.

Keenam
Dari segi kelajuan lebih baik daripada Samsung S4 (kata Motorola)



Saksikan kecanggihan Moto G ini

4 comments:

  1. Meh.
    This much better.
    :P

    http://www.google.com/nexus/5/

    ReplyDelete
  2. too much pricey.that why Motorola win. kenapa perlu bayar lebih?he2

    ReplyDelete
  3. But much better. :D
    Lagi pun Moto G 8/16 GB je.
    Mana cukup.
    :/

    ReplyDelete
  4. kadang2 32GB pun xckup, semua benda nak install,copy..nasib baik ade Google Drive,Dropbox.boleh transfer.he2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...