Oct 29, 2013

Nokia 515 Secondphone Terbaik


Apabila anda ada iPhone,Galaxy Note, S4 ditangan namun sudah kehabisan bateri, almaklumlah itu adalah kelemahan utama smartphones, namun dengan adanya secondphone seperti Nokia 515 perkara itu boleh diatasi. Nokia 515 bukan sebarang telefon yang hanya boleh membuat panggilan dan menghantar teks, malah ia lebih dari itu. Ia sangat berbeza, casingnya diperbuat daripada material aluminium dan skrinnya ialah jenis Gorilla 2 Glass . Ketahanan baterinya sangat menggagumkan, ia dapat bertahan selama 38 hari dalam mod standby. Spesfikasi lainnya adalah memiliki 5 Megapixel kamera dengan LED, kualiti suara HD, sambungan 3.5G, aplikasi Facebook,Twitter dan Mail for Exchange. 



Nokia 515 juga dilengkapi aplikasi gambar yang baik di mana ia boleh menangkap gambar dalam bentuk panorama dan kawalan suara untuk menangkap gambar potret. Harga jualan RM 499 diletakkan pada Nokia 515, dan ditawarkan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih sahaja. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...