Oct 28, 2013

Blackberry Messenger (BBM) untuk SEMUA


Blackberry Messenger (BBM) kini telah melangkau platform OS lain, dengan membenarkan pengguna Android dan iOS  mengdownload aplikasinya. Pengguna hanya perlu mendaftar akaun BB untuk mendapatkan ID dan kata laluan bagi menggunakannya. Akaun BB seperti sedia maklum sangat fleksibel dan boleh diakses oleh pelbagai peranti berasakan Blackberry.

Untuk menambah 'friends', hanya dengan mengimbas kod bar BBM, menaip PIN BBM, atau dengan memilih kenalan pada peranti anda. Anda juga boleh mengakses rangkaian sosial Facebook,Twitter untuk mencari dan menjemput kenalan BBM.


BBM ni Free ker?
Ya. BBM adalah percuma untuk dimuat turun. PERCUMA. Seperti kebanyakan aplikasi, BBM hanya memerlukan akses kepada Internet sama ada Wi-Fi atau pelan Internet anda.


Nak add icon,avatar,smiley ada tak?
Icon,avatar,smiley, animasi disokong dalam BBM. Anda pasti suka ianya.


Boleh hantar mesej kepada orang tertentu?
Mesti boleh, tulis mesej anda dan seterusnya pilih kenalan anda.


Ermm, nak try dowload la,macam best.
Ok, untuk telefon Android klik link ni; Android BBM, dan untuk iOS boleh klik sini; iOS BBM.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...