Oct 31, 2012

Windows 8 : Dimensi Baru OS


Windows 8 secara rasminya telah dilancarkan pada 29 Oktober 2012, bertempat di Plaza Low Yatt. Ditawarkan pada dua versi iaitu Windows 8 dan Windows 8 Pro. Bagi yang memiliki Windows 7 bermula tempoh pembelian 2 Jun 2012, ditawarkan promosi harga upgrade iaitu US$14.99 sahaja. Manakala bagi yang tidak termasuk dalam tempoh tersebut, juga ditawarkan promosi harga upgrade iaitu RM229 (US$69.99) terhad sehingga 31 Januari 2013. Harga runcit bagi Windows 8 Pro pula ialah RM885 (US$289.99).

Pelancaran Windows 8 di Plaza Low Yatt



Apakah requirement Windows 8 ?
Microsoft menjanjikan kepada pengguna yang keperluan instalasi Windows 8 lebih rendah berbanding dengan Windows 7. Mari lihat requirementnya dibawah.

  • 1 GHz processor
  • 2 GB RAM / 20 GB storan
  • 1366 × 768 screen resolution
  • DirectX 9 graphics processor bersama WDDM driver
  • PC yang boleh menyokong multitouch (jika ada)

  • Internet access
  • Microsoft account (digunakan pada aplikasi tertentu)
  • Windows Media Center (lesen dijual berasingan)



Screen Windows 8



Windows 8 menggunakan Metro Style sebagai interface utama. Kelebihannya, user boleh merubah mengikut personaliti masing-masing. Pada paparan Windows 8 anda boleh meletakkan sama ada aplikasi yang selalu digunakan, mesej, lagu, photo, games dan sebagainya mengikut kekreatifan anda. Setiap benda yang anda letak padanya, akan sentiasa dikemaskini.


Login


Cara login amat berbeza berbanding cara konvensional itu menaip password. Anda boleh membentuk pengerakan pada imej login anda dengan langkah yang mudah.


Share & Save



Windows 8 membenarkan akses dengan Facebook dan juga Skydrive. Gambar boleh diuploadkan terus ke dalam akaun Facebook, malahan dengan Skydrive anda boleh menyimpannya secara online apa-apa dokumen untuk dibackup.


Touch


Anda akan dapat merasakan pengalaman baru menggunakan desktop kerana Windows 8 mengaplikasikan 'touchscreen'. Dengan menggunakan jari-jemari, gerakkan dan klik aplikasi pada skrin komputer anda itu. Rasa seperti menggunakan tablet.


Windows Store


Kalau Google ada Google Play, Apple ada Apps Store, so Windows pula ada Windows Store. Anda boleh download apa sahaja aplikasi di sini samada PERCUMA atau berbayar. Ataupun anda boleh cuba trial sebelum mendowload sepenuhnya.


Basic Application


Antara aplikasi yang ditawarkan pada Windows 8 adalah Mail, Skydrive, People, Photos, Video, Music, Messaging, Skype dan sebagainya. Aplikasi Skydrive membolehkan dokumen anda diakses dimana-mana menggunakan talian internet.


IE 10


Internet Explorer 10 disertakan sekali di dalam Windows 8 yang telah dipertingkat kepantasan loadingnya dan juga dintegrasi bersama enjin carian Bing. Interface IE 10 telah menjadi menarik dengan url taskbar diletakkan di bawah, boleh pin website kegemaran anda dan secara automatik terpapar pada interface utama Windows bagi memudahkan anda melayarinya.


Equal

Buat pertama kalinya, Windows menyeragamkan setiap device berkongsi sistem operasi yang sama. Ini memudahkan perkongsian data, dan juga memudahkan komunikasi antara PC, notebook dan juga tablet.


Windows 8 Official Promo





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...