Oct 25, 2012

7 Tips Shopping Online

Shopping..Shopping..Shopping


Do Research
Lakukan kaji selidik barang yang mahu dibeli. Bandingkan harga sebenar pasaran dengan harga barangan online, adakah terlalu murah atau mahal. Semak keadaan barangan tersebut melalui preview image yang dipaparkan, pastikan masih dalam keadaan ok.


Check Record Penjual
Kenali dengan siapa anda membeli barang tersebut. Lihat rekod jualan dan komen pembeli-pembeli lain sama ada terdapat pendapat kurang elok terhadap rekod penjualan penjual tersebut.


Kenalpasti siapa penjual


Ask Question
Jika penjual ada nombor untuk dihubungi, sila bercakap secara terus dengan beliau. Tanyakan soalan mengenai proses urusniaga, condition barang dan juga maklumat penjual tersebut. Sentiasa berhati-hati dengan kata-kata penjual tersebut supaya anda tidak dimanipulasi dan ditipu kelak.



Be Secure
Sentiasa waspada dengan cara transaksi dilakukan. Jangan serahkan maklumat peribadi anda seperti no akaun atau I/C. Jika barang masih belum sampai, segera semak status barangan atau hubungi penjual tersebut. Adakan pertemuan dengan penjual, supaya dapat mengenalinya. Gunakan carian Google bagi mencari info penjual jika ada.


Choose Paypal or COD
Pilih membayar menggunakan Paypal atau COD( Cash on Delivery/ Collect on Delivery). Sebabnya adalah Paypal akan membuat siasatan jika anda merepot terdapat kecurigaan terdapat status pembelian dan wang anda mungkin boleh dikembalikan. Berlainan dengan pembayaran online menggunakan bank seperti CIMB Clicks ataupun Maybank2u, wang anda lesap begitu sahaja. Manakala COD merupaka cara terbaik untuk anda membayar, dimana anda berjumpa secara bersemuka dengan penjual. Ini memudahkan anda mengenalinya dan dapat melihat kondisi barang dibeli. Jika anda tidak berpuas hati, barang tersebut boleh dikembalikan dengan serta merta.

Paypal - bayaran online menjadi mudah dengannya


Keep pay slip/record
Simpan bukti pembelian anda supaya jika berlaku sebarang kerosakan pada barangan dibeli walaupun masih 2 atau 3 hari anda baru gunakan. Ini membolehkan anda mengadu pada penjual untuk ditukar ganti dengan yang baru. Jika penjual berdegil, adukan pada Tribunal Pengguna dan buat repot polis.


Choose better courier
Pilih syarikat pengeposan yang menawarkan keselamatan barangan yang dipos dan penghantaran cepat. Lebih berbaloi walaupun kosnya lebih mahal. Semak kod status barangan dengan syarikat pengeposan jika barang masih belum sampai seperti yang dijanjikan.

International company courier



Servis Poslaju dah semakin baik sekarang





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...