Google Nexus 7 |
Perang tablet kini semakin rancak dengan
munculnya tablet terbaru Google Nexus 7 hasil produk Google Inc. Dengan
rekabentuk yang cantik dan harganya yang lebih murah (anggaran harga pasaran:
RM 500 –RM 800) pasti akan menggugat pesaing-pesaingnya, terutamanya iPad dan
Galaxy Tab.
Nexus mempunyai skrin resolusi HD 1280 x
800, dikuasakan dengan Quad Core Tegra 3 processor bagi memastikan kelancaran
aplikasi. Dengan saiz dimensi yang lebih kecil iaitu 7inci serta lebih ringan,
hanya seberat 340gram. Spesifikasi lainnya ialah dilengkapi 1.2 MP pada
bahagian hadapannya dan memori on board 16GB.
Ia merupakan device pertama yang
mengaplikasikan OS Android yang paling latest, iaitu Android 4.1 Jelly Bean.
Capaian aplikasi melalui “Google Play” membolehkan pengguna Nexus mendownload
sehingga 60,000 aplikasi di dalamnya. Dilengkapi teknologi Near Field
Communication (NFC), penghantaran fail antara 2 device yang sama dilakukan
dalam masa yang pantas.
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.google.com/nexus
No comments:
Post a Comment