Jul 6, 2012

QR Code: new way information spreads


Pernahkah anda lihat imej seperti kat bawah ni kat mana-mana tempat?
contoh QR code

 Ya?Pernah? Ok, ini adalah QR Code atau singkatan kepada Quick Response Code. QR code adalah cara baru yang digunakan untuk menyebarkan sesuatu maklumat dalam nilai yang kecil. QR merupakan teknologi yang diupgradekan dari teknologi lama iaitu barcode( siri garis dan nombor). Dimulakan oleh Negara Jepun, QR code telah digunakan meluas sebagai suatu medium perantara maklumat. Maklumat seperti produk,filem, kereta malahan maklumat peribadi boleh disimpan dalam BR code, dan kemudiannya discan oleh aplikasi QR reader untuk diterjemahkan kembali maklumat tersebut.

Kelebihan QR code berbanding barcode adalah lebih banyak data boleh disimpan seperti links url, koordinat geografi dan juga teks. Selain itu, proses scan maklumat dalam QR code tidak memerlukan device tertentu, hanya menggunakan aplikasi QR reader yang boleh diinstall dalam phone, tablet dan sebagainya. Yang menariknya, sesiapa sahaja boleh mencipta QR code sendiri dengan menggunakan aplikasi QR Generator. Ini sangat membantu pemasaran sesuatu produk dengan pantas dan meluas.

Nak tampal kat baju pun boleh..



QR code sebagai medium pemasaran?
Jika anda usahawan, businessman,salesman atau sesiapa sahaja yang menceburi bidang perniagaan, QR code merupakan medium yang efektif dalam memajukan perniagaan. Informasi seperti product details, no. contact atau URL links boleh dimasukkan dalam QR code tersebut. Malahan, jika QR code dicetak pada business card anda, customer boleh terus memasukkan informasi berkaitan (nama, no telefon, company, business type, product) ke dalam telefon mereka dengan hanya mengscan QR code pada business card tersebut.

Business card yang disertakan QR code.


Malahan, implementasikan QR code pada iklan cetak, flyers, poster, iklan TV dan sebagainya.
Untuk lebih memahami keupayaan QR code, jom layan video ini…

37 contoh penggunaan QR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...