Motto: designed for humans, inspired by nature |
Sebelum pi kedai, kita review dulu kelebihannya dahulu.
OS
Menggunakan sistem operasi Android 4.0 (Ice Cream SandwicH). Memang terbaik (rujuk artikel http://iamluvit.blogspot.com/2012/04/android-40-ice-cream-sandwich.html )
Skrin
Super Amoled definisi tinggi (HD) bersaiz 4.8 inci memang buat lebih teruja tengok skrin.
Processor
Menggunakan processor yang lebih pantas iaitu 1.4 GHz Quad Core untuk menampung keperluan aplikasinya.
Kamera
Masih mengekalkan resolusi 8 Megapiksel untuk kamera belakang, namun kamera depan berkurang sedikit iaitu 1.9 Megapiksel. Rakaman video atau games adalah Full HD (1080p)
Bentuk
Lebih ergonamik,selesa dipegang dan digengam kerana lengkungan yang lebih kemas berbanding model Samsung Galaxy S2
Aplikasi
Aplikasi S Voice telah dipertingkatkan supaya arahan tertentu seperti kawalan muzik, penghantaran mesej boleh dilaksanakan dengan pantas menggunakan suara. Selain itu, aplikasi AllShare Cast dan AllShare Play membolehkan integrasi fail di antara Samsung Galaxy S3 dengan PC atau tablet menggunakan WiFi.
Storan
Ada 2 pilihan storan untuk S3 ni, iaitu 16GB atau 34GB, dengan installasi kad memori boleh sampai sehingga 64GB
Berat/Dimensi
Hanya seberat 133g sahaja dan berukuran 136.6 x 70.6 x8.6 mm
Bateri
Supaya lebih berkuasa, ia menggunakan bateri 2,100 mAh.
Ok, anda dah habis baca review ni, berkenan tak?So sekarang bolehlah pi kedai, beli satu ;-)
No comments:
Post a Comment