UI pada Android 4.0 very easy dan intelligent,kerana ia capaian aplikasi yang simple dan mudah akses. Virtual buttons pada interfacenya hanya ada Back,Home dan Recent Applications. Yang menariknya, aplikasi yang selalu digunakan oleh user dipaparkan pada Recent Aplications dan ini membantu mengurangkan step untuk klik aplikasi yang sering digunakan.Pada Photoholics yang suka snap gambar, Android 4.0 menolong capaian camera tanpa perlu unlock phone. Sangat convenient. Folder Home Screen yang baru menawarkan cara baru pada group applications dan shortcut, hanya dengan drag ke tempat lain. Juga, dalam pelancar All Apps, anda kini boleh hanya drag sebuah aplikasi untuk mendapatkan maklumat mengenainya atau dengan serta-merta uninstallnya, atau disable aplikasi tersebut.
Kelebihan lainnya, percakapan kita boleh direkodkan dan diterjemah ke bentuk teks selama mana anda bercakap. Ia juga boleh detect kesalahan perkataan yang disebut dengan mengunderline dengan warna gray.
Dengan Android 4.0, user boleh mengfokuskan gambar secara auto kerana adanya built in focus dan juga stabilize function. Tools untuk mengedit gambar secara terus lebih banyak, dan perkongsian gambar menjadi mudah dengan hanya klik pada thumbnail gambar tersebut. Aplikasi yang paling fun untuk digunakan adalah Live Effects, adalah koleksi penjelmaan grafik. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kesan seperti mata kecil, mulut besar, hidung besar, himpitan muka, dan banyak lagi pada rakaman imej atau video.
Untuk meningkatkan keselamatan phone, dalam Android 4.0 dilengkapkan dengan function face detection. Pengecaman wajah user akan dilakukan sebelum phone diunlockkan. Selain itu terdapat alternative lain untuk unlock phone, iaitu backup PIN atau pattern. Banyak lagi kelebihan yang ada pada Android 4.0 ini,dan bagi mengetahuinya kenalah membeli device yang dilengkapi dengan Android 4.0. Pasti anda teruja dengan kelebihannya nanti (^__^)
No comments:
Post a Comment