May 10, 2012

Introducing App Center in Facebook

App Center

Baru-baru ni Facebook telah melancarkan penambahbaikkan dengan memperkenalkan App Center ,yang merupakan pusat carian aplikasi sosial. Dengan pengumuman ini, Facebook mengharapkan agar developer aplikasi agar segera mengambil peluang ini, dengan membangunkan aplikasi yang menarik dan bagus untuk ditawarkan kepada lebih 900 juta pengguna Facebook.

 Dalam beberapa minggu akan datang, pengguna akan dapat mengakses App Center pada web serta iOS dan Android Facebook. Untuk memudahkan pengguna memilih aplikasi yang sesuai, setiap aplikasi mempunyai page masing-masing yang memaparkan tentang kegunaan, ciri-ciri, screenshots dan keunikan aplikasi tersebut.

 Facebook juga menetapkan piawaian terhadap aplikasi yang dihasilkan oleh developer iaitu tahap populariti yang dipilih oleh pengguna sama ada 5,4,3,2,1 bintang (5 bintang aplikasi paling popular,1 bintang paling tidak popular). Jika sesuatu aplikasi banyak mendapat taraf 1 bintang, aplikasi itu akan dinyahkan daripada App Center. Pada mereka yang menggunakan iOS dan Android, boleh menyemak kesusaian aplikasi sebelum diinstall dengan menggunakan account Facebook. Facebook memberikan kebebasan juga kepada developers sama ada mahu menawarkan aplikasi secara ataupun secara berbayar kepada pengguna.

Sama-sama kita nantikan pelancaran App Center pada minggu-minggu akan datang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...