Nov 12, 2014

Drone,Quadcopter atau Hexicopter? Kegilaan Gajet terbaru



Apakah itu Dron, quadcopter Dan hexicopter ni? Mungkin ada pembaca yang tahu istilah ni, Dan mungkin ada yang masih samar-samar. Ketiga-tiga istilah ini merujuk kepada gajet yg cara kawalannya seperti helikopter kawalan jauh namun secara fizikalnya berlainan sedikit.

Quadcopter kini menjadi kegilaan ramai di luar negara namun permainan ini masih baru di Malaysia. Kebanyakkan pemain adalah di kalangan mereka yg terlibat dalam bidang fotografi dan belajar bidang penerbangan. Ini disebabkan dron dilengkapi dengan kamera untuk menangkap shot secara pandangan 'bird-eye'.

Apa perbezaan antara helicopter dan quadcopter?? Dari segi bilah, seperti yg diketahui helicopter menggunakan 1 bilah, namun untuk quadcopter is menggunakan 4 bilah. Tambah menarik lagi ialah, 2 bilah kipas memutarkan mengikut arah jam manakala 2 bilah yang lain berputar melawan arah jam. Ini membolehkan kawalan terbang yang lebih fleksibel (boleh terbang secara vertikal dan horizontal).

Sep 12, 2014

Apple Watch,Jam Digital Edisi Apple Bakal Dilancarkan 2015


Tim Cook, CEO Apple Incorporated dengan bangganya memperkenalkan jam digital edisi Apple yang diberi nama Apple Watch. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai jam digital yang mengfokuskan kepada ciri-ciri kesihatan dan kecergasan, malahan ketelitian pembinaan dan ketepan masa juga diambil kira. Apa yang membezakan Apple Watch dengan pesaingnya ialah ia menggunakan 'Digital Crown' untuk membolehkan kawalan mekanik terhadap sistem jam seperti scroll, zoom, dan navigate tanpa perlu menyentuh skrin.



Apple Watch mempunyai 6 rekaan tali yang berbeza dan dua saiz (38mm dan 42mm) serta 3 kemasan yang berbeza, dan ia pengecasan bateri menggunakan wayarles yang melekat secara kukuh pada bahagian bawahnya.


3 pilihan rekabentuk Apple Watch
Kaca yang digunakan pada permukaannya adalah jenis Sapphire yang mana diketahui merupakan bahan yang kalis calar dan tidak mudah pecah. Apple Watch mempunyai giroskop terbina didalamnya , sensor pecutan, sensor kadar jantung, dan Taptic Engine untuk input penderiaan. Tatpic Engine membantu sistem jam untuk membezakan input jari pengguna sama ada sedang tap atau menekan lama permukaan jam.

Siri pembantu digital Apple dipasang bagi membantu menjalankan aplikasi peta dan gambar pada Apple Watch. Aplikasi Fitness dan Workout  pula akan berfungsi mengumpul data biometrik (denyutan jantung,larian, menaiki tangga) setiap hari pengguna Apple Watch dan ia secara tidak langsung menggalakkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.

Terdapat juga aplikasi WatchKit bagi menukarkan antaramuka jam untuk menjadikan ia lebih personal untuk pengguna Apple Watch. Selain itu ciri-ciri menarik jam Apple ini ialah remote Apple TV, fungsi walkie talkie, menjalankan fungsi Apple Pay dan keupayaan untuk berfungsi sebagai remote viewfinder untuk kamera iPhone. Untuk sesiapa berminat membeli Apple Watch ini harga permulaannya ialah USD$ 349 dan ia boleh dibeli pada awal tahun 2015 melalui Apple Store.



Sep 11, 2014

iPhone 6 daripada Apple


"iPhone 6, Bigger than bigger". Itulah cogankata untuk siri iPhone terbaru daripada Apple. Ia menterjemahkan bahawa iPhone 6 bukan sahaja berdimensi besar dari generasi sebelumnya, tetapi ia 'besar' dari ciri-ciri yang ada pada generasi iPhone terdahulu. iPhone 6 ini tentunya lebih berkuasa namun dari segi kawalan kuasa ia sangat efisien. Dilengkapi teknologi HD Retina Display yang baru, ia lebih teliti dan jelas paparannya.

     Terdapat dua saiz berbeza untuk iPhone 6, pertama ia bersaiz 4.7" dan kedua bersaiz 5.5" yang lebih dikenali iPhone 6 Plus. iPhone 6 menggunakan cip A8 chip 64-bit dengan GPU M8. Teknologi video telah dioptimasi dengan 1080 HD boleh ditangkap dalam 30fps atau 60fps, manakala video Slow Motion kini boleh ditangkap dalam 120 fps atau 240 fps. Apple mengetahui kehendak pengguna yang suka merakam gambar, dan demikian sensor iSight telah dinaiktaraf bagi membolehkan lebih banyak pixel dihasilkan dalam gambar. 





   OS Apple terkini iOS 8 akan dipasang pada hujung bulan September ini untuk menjadikan iPhone 6 lebih baik dan lancar. Pelbagai Band 4G LTE telah disokong didalamnya, namun ia bergantung kepada vendor telekomunikasi yang sedia ada. Teknologi LTE membolehkan data dimuat turun dengan pantas dan cekap. NFC juga dimasukkan dalam siri iPhone terbaru ini bagi melengkapkan sistem pembelian Apple Pay.



Disini dipaparkan perbezaan dua model iPhone 6 ini:-



PERBEZAAN
iPhone 6 (4.7”)
iPhone 6 Plus (5.5”)
Kenipisan
6.9mm
7.1mm
Resolusi
1334×750 (401 ppi)
1920×1080 (326 ppi)
Berat
129 grams
172 grams
Anti Gegaran
Digital image stabilisation
Optical image stabilisation
Standy time
Sehingga 10 hari
Sehingga 16 hari
Penggunaan Internet (3G)
10 Jam
12 Jam





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...