Apr 16, 2014
Google Membeli Aset Terbaru: DRON
Google Inc menambah aset mereka dengan membeli teknologi dron daripada sebuah syarikat dron Titan Aerospace. Syarikat yang berpengkalan di New Mexico, US merupakan pembangun dron berasaskan kuasa solar. Sebelum ini Facebook cuba membeli syarikat ini pada nilai tawaran USD$60 juta, namun tidak dimuktamadkan pembeliannya. Biasanya dikenali sebagai dron,ia merupakan sebuah kenderaan tanpa pemandu udara (UAV), lebih senang difahami ia adalah pesawat tanpa juruterbang manusia. Penerbangan dikawal sama ada secara autonomi oleh komputer atau dengan kawalan jauh juruterbang di daratan atau di dalam kenderaan lain.
Menurut penganalisis, motif pembelian dron ini adalah membantu pihak Google memetakan permukaan bumi untuk diaplikasikan dalam Google Earth dan Google Maps. Motif lain pula dipercayai untuk membantu dalam pembangunan Project Loon (projek perkongsian internet menggunakan belon). Nampaknya Google ingin menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dan maju dalam teknologi berbanding pesaing-pesaingnya yang lain disamping menyumbang kepada pengguna secara amnya.
Sumber: Business Insider
Apr 15, 2014
RIP Windows XP
Dilancarkan pada 25 October 2001 ia telah menjadi produk Microsoft yang terlaris dalam pasaran OS. Ini disebabkan cirinya yang stabil dan pantas. Dengan sokongan teknikal yang sentiasa mengemaskini patch Windows XP, ia merupakan OS yang jarang diserang pengodam dan virus. Windows XP ditawarkan dengan pelbagai versi seperti Home Edition, Professional, Windows XP 64-bit Edition, Windows XP Media Center Edition dan Windows XP Tablet PC Edition.
![]() |
Windows XP startup |
Sebagai mengimbau nostalgia Windows XP, Microsoft mencipta permainan Escape from XP ini bagi mengubat rindu pengguna-pengguna XP.
Apr 11, 2014
Heartbleed bug ancaman keselamatan web
Mungkin ramai yang sedar atau tidak tentang kemunculan Heartbleed bug (pepijat) yang sekarang menjadi ancaman pada keselamatan laman web. Ia boleh mencuri nama pengguna dan password tanpa pengguna sedari bila melayari sesebuah laman web. Ancaman ini amat berbahaya terutama yang melibatkan transaksi online. Masalah ini merumitkan kepada pentadbir laman web kerana perlu menampal patch dan menyemak semula digital certificate sedia ada.
Sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna sila lakukan "ujian Hearbtleed" pada laman web yang selalu dilayari untuk menyemak adakah selamat atau tidak daripada serangan Heartbleed bug. Pengguna juga harus selalu menukar nama pengguna dan kata laluan bagi mengurangkan potensi kecurian maklumat. CNET telah melakukan ujian terhadap 100 laman web di US dan melaporkan keputusannya di SINI.
SUMBER: Redwrite.com
Labels:
Hacker,
People,
Technology,
Tips
Subscribe to:
Posts (Atom)