Jul 6, 2012

QR Code: new way information spreads


Pernahkah anda lihat imej seperti kat bawah ni kat mana-mana tempat?
contoh QR code

 Ya?Pernah? Ok, ini adalah QR Code atau singkatan kepada Quick Response Code. QR code adalah cara baru yang digunakan untuk menyebarkan sesuatu maklumat dalam nilai yang kecil. QR merupakan teknologi yang diupgradekan dari teknologi lama iaitu barcode( siri garis dan nombor). Dimulakan oleh Negara Jepun, QR code telah digunakan meluas sebagai suatu medium perantara maklumat. Maklumat seperti produk,filem, kereta malahan maklumat peribadi boleh disimpan dalam BR code, dan kemudiannya discan oleh aplikasi QR reader untuk diterjemahkan kembali maklumat tersebut.

Kelebihan QR code berbanding barcode adalah lebih banyak data boleh disimpan seperti links url, koordinat geografi dan juga teks. Selain itu, proses scan maklumat dalam QR code tidak memerlukan device tertentu, hanya menggunakan aplikasi QR reader yang boleh diinstall dalam phone, tablet dan sebagainya. Yang menariknya, sesiapa sahaja boleh mencipta QR code sendiri dengan menggunakan aplikasi QR Generator. Ini sangat membantu pemasaran sesuatu produk dengan pantas dan meluas.

Nak tampal kat baju pun boleh..



QR code sebagai medium pemasaran?
Jika anda usahawan, businessman,salesman atau sesiapa sahaja yang menceburi bidang perniagaan, QR code merupakan medium yang efektif dalam memajukan perniagaan. Informasi seperti product details, no. contact atau URL links boleh dimasukkan dalam QR code tersebut. Malahan, jika QR code dicetak pada business card anda, customer boleh terus memasukkan informasi berkaitan (nama, no telefon, company, business type, product) ke dalam telefon mereka dengan hanya mengscan QR code pada business card tersebut.

Business card yang disertakan QR code.


Malahan, implementasikan QR code pada iklan cetak, flyers, poster, iklan TV dan sebagainya.
Untuk lebih memahami keupayaan QR code, jom layan video ini…

37 contoh penggunaan QR

Samsung Galaxy S3 – Inspired by Nature, Designed for Human

Samsung Galaxy S3 warna marble white


Smartphones yang paling dinantikan kemunculan telah tiba! Didatangkan dengan skrin HD Amoled berukuran 4 inci bersama resolusi 1280 x 720px. Galaxy S3 ditingkatkan kuasa dengan Quad Core Exynos processor daripada Samsung dan 8MP kamera untuk merekodkan video berkualiti HD. Masih menggunakan Android ICS sebagai sistem operasi,tetapi ditambahbaik voice recognition dan eye tracking.

Antara kelebihan Samsung Galaxy S3

     Dilengkapi NFC dan WiFi –membolehkan penghantaran fail dengan pantas dengan menyentuh secara rapat dengan S3 yang lain. Dianggarkan 10MB fail boleh dihantar dalam 2 saat sahaja!
    
Ergonimic shape –bentuk lebih lengkung pada bahagian belakang S3 membuat lebih selesa untuk dipegang.

Zero lag shutter – pengguna S3 boleh menangkap imej secara berturutan (8 imej) setiap saat kenangan bersama orang tersayang.

S-Voice yang lebih baik – kualiti pengeceman suara telah dipertingkatkan, membolehkan interaksi dan arahan kepada S3 lebih responsive.

Multitasking – Dengan adanya Exynos processor, pengguna S3 tidak perlu bimbang akan kelancaran menggunakan pelbagai aplikasi dalam S3 secara serentak kerana ia merupakan processor berprestasi tinggi.

Smart Stay – mod ni membolehkan S3 menjimat kuasa bateri dengan mengurangkan kecerahan skrin apabila mata pengguna tidak lagi bertumpu@melihat S3.

Direct Call- letak je S3 pada tepi telinga, secara automatic akan dail no. telefon rakan anda.
    
Pelbagai aksesori – lengkapkan S3 dengan aksesori menarik dan canggih seperti Desktop Dock, Flick Cover Samsung S3, All Share Dongle dan MP3 Player W1.



Untuk maklumat lanjut, layari  http://www.samsung.com/global/galaxys3/


Google Nexus 7 – Tablet dari Google Inc

Google Nexus 7


Perang tablet kini semakin rancak dengan munculnya tablet terbaru Google Nexus 7 hasil produk Google Inc. Dengan rekabentuk yang cantik dan harganya yang lebih murah (anggaran harga pasaran: RM 500 –RM 800) pasti akan menggugat pesaing-pesaingnya, terutamanya iPad dan Galaxy Tab.

    Nexus mempunyai skrin resolusi HD 1280 x 800, dikuasakan dengan Quad Core Tegra 3 processor bagi memastikan kelancaran aplikasi. Dengan saiz dimensi yang lebih kecil iaitu 7inci serta lebih ringan, hanya seberat 340gram. Spesifikasi lainnya ialah dilengkapi 1.2 MP pada bahagian hadapannya dan memori on board 16GB.

    Ia merupakan device pertama yang mengaplikasikan OS Android yang paling latest, iaitu Android 4.1 Jelly Bean. Capaian aplikasi melalui “Google Play” membolehkan pengguna Nexus mendownload sehingga 60,000 aplikasi di dalamnya. Dilengkapi teknologi Near Field Communication (NFC), penghantaran fail antara 2 device yang sama dilakukan dalam masa yang pantas.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.google.com/nexus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...