Nov 26, 2014

Smartphones China Terbaik

Model China juga cun macam smartphones mereka.

China kini berusaha menguasai ekonomi dunia dalam penghasilan smartphones dengan munculnya syarikat seperti Lenovo, Oppo dan OnePlus. Kemunculan smartphones terbaru dari sana bukan sahaja merancakkan industri smartphones dunia malahan pengguna kini mempunyai banyak pilihan dalam pembelian smartphones. Stereotaip mengatakan barang buatan China kurang berkualiti kini adalah mitos belaka, kerana smartphones yang dihasilkan mereka bukan calang-calang spesifikasinya,malahan acap kali smartphones mereka menduduki tangga teratas dalam inovasi, jualan dan juga benchmark smartphones. Berikut merupakan senarai pengeluar smarthones negara China bersama produk smartphones terbaik mereka.




Lenovo 
Lenovo Vibe Z2 Pro adalah skrin beresolusi Quad HD berukuran 6 inci , menggunakan badan logam senipis 7.7mm, cip pemprosesan quad -core 2.5GHz Snapdragon 801, kamera 16MP belakang dengan OIS ,rakaman video 4K, ada NFC , dan kapasiti bateri besar iaitu 4000 mAh. Merupakan produk terbaik dan terkini daripada Lenovo.




Oppo
Smartphones Oppo Find 7 merupakan smartphones terbaik dihasilkan mereka. Dilengkapi dengan cip pemprosesan quad -core 2.5GHz Snapdragon 801, memori 32GB dengan sokongan memori tambahan sehingga 128GB slot micro SD, kamera 13MP belakang 15MP hadapan dan RAM 3GB. Kelebihannya Oppo Find 7 ia boleh mengecas 75% bateri dalam hanya 30 minit sahaja serta imej ditangkap oleh kamera sangat berkualiti dan jelas.




OnePlus
OnePlus One menggunakan Qualcomm quad -core Snapdragon 801 2.5GHz, 3GB RAM LPDDR3 , dan sel bateri mAh 3100. Kemunculannya penuh gimik dengan slogan 'Never Settle' kerana OnePlus menetapkan standard tinggi pada OnePlus One bahawa ia adalah sebuah smartphones paling terbaik berbanding smartphones terbaik yang berada di pasaran. Kelebihan utama OnePlus One ia menggunakan Android custom ROM, CyanogenMod OS yang digemari kerana fleksibiliti dan ciri yang lebih baik daripada stock Android.





Huawei
Berukuran 6 inci, phablet Huawei Mate7 dilengkapi dengan kamera 13 megapiksel belakang dan 4100 mAh bateri , ditambah dengan kenipisannya cuma 7.9mm. Ciri-ciri yg menonjol kebanyakan Mate7 jelas pengimbas cap jari di atas bahagian belakangnya. Berbanding smartphones lain, pengguna tidak perlu menghidupkan peranti untuk menggunakan pengimbas cap jari. Satu lagi kelebihan Mate 7 ia menggunakan cip daripada Huawei sendiri iaitu HiSilicon Kirin 925 yang merupakan pemproses OCTA - lapan teras dengan dua kelompok empat teras.




Meizu
Resolusi ektsrem 546ppi Meizu MX Pro adalah pencapaian terbaik dalam kalangan pengeluar smartphones dari China. Dipasang dengan kamera 20.7 - megapiksel Sony Exmor RS IMX220 sensor dan 5 megapiksel di bahagian depan menjadikannya dambaan pengemar fotografi smartphones. MX Pro ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Samsung, Exynos 5430 Octacore, GPU Mali T628 dan 3GB LPDDR3 memori. Pernah menduduki no. 1 dalam benchmark Antutu pada suku ketiga tahun ini. 



Xiaomi
Xiaomi, pengeluar telefon no.3 di dunia, juga dikenali kerana cuba mencontohi Apple kini sekali lagi menghasilkan smartphones terbaik dengan harga mampu milik dan telefon pintar paling berkuasa di dunia pada masa ini, Xiaomi Mi4. Mi4 menggunakan quad -core Snapdragon 801 2.5GHz, 3GB RAM, bateri 3080mAh, kamera belakang 13MP ,8MP untuk hadapan. Kenapa Xiaomi Mi4 dianggap smarphones no.1 terbaik adalah kerana semua ciri-ciri utama untuk smartphones flagship dipasaran ada padanya dan ditawarkan pada separuh harga. Strategi inilah adalah faktor pendorong yang telah meletakkan Xiaomi pada kedudukan no.3 dalam pasaran smartphones dunia dalam tempoh hanya 2 tahun sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...