Mar 25, 2013

Evolusi Samsung Galaxy S4


Samsung Galaxy S4 meneruskan penguasaan smartphone terdahulu Samsung Galaxy S3 dengan mengevolusikan beberapa aspek kepada yang lebih baik dan sempurna.


Rekabentuk dan Skrin
Secara pandangan kasarnya, lebih kurang sama dengan S3 namun skrin diperbesarkan daripada 4.5" inci kepada 5" inci. Resolution juga dipertingkatkan kepad 1080p jauh lebih baik dari 720p pada S3. Ia juga lebih nipis (7.9 mm) dan lebih ringan (130g).




Chip pemprosesan
Dikuatkuasa Exynos 5 Octa iaitu 8-core chip.Ia terdiri daripada empat Cortex-A15 teras yang menggunakan 1.6GHz untuk prestasi manakala baki empat Cortex-A7s menggunakan 1.2GHz untuk melakukan tugasan dan penjimatan kuasa.




Kamera
Kualiti kamera S4 lebih baik dengan memiliki 13mp pada bahagian belakang dan 2mp pada bahagian hadapan. Ia juga menyokong dual video conference iaitu boleh berhubung dengan 2 rakan secara serentak. Video rakaman juga disimpan dalam kualiti HD (1080p). 





OS Android
Dengan adanya OS Android Jelly Bean sebagai sistem operasi, S4 menjadi antara yang terbaik dalam kelasnya dan boleh bersaing dengan pesaing yang lain (Sony Xperia Z, Huawei Ascend D2 and ZTE Grand S).





Kuasa Bateri
Kapasiti tenaga S4 ialah 2600mAh berbanding S3 2100mAH. Ini bagi memanjangkan jangka hayat penggunaan harian smartphones S4. Ditambah pula dengan keupayan Exynos 5 Octa yang boleh menjimatkan penggunanaan kuasa.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...