Mar 26, 2013

7 Aplikasi yang WAJIB ada pada Smartphone #Siri 2


Evernote
Aplikasi ini membolehkan pengguna menyimpan rekod data, dokumen dan gambar. Kelebihan aplikasi Evernote adalah ia menggunakan teknologi 'cloud' untuk penyimpanan data supaya mudah diakses sama ada melalui gadjet lain atau pun komputer. Kapasiti data yang besar boleh disimpan di Evernote kerana ia menawarkan ruang storan yang besar seperti Dropbox. Evernote secara asasnya percuma, tetapi untuk versi premium (yang telah dipertingkatkan) adalah berbayar.




Flipboard
Merupakan aplikasi semua dalam satu, di mana pengguna boleh mengakses pelbagai aplikasi seperti Twitter, Facebook dan Instagram termasuk website kesukaan pengguna. Aplikasi-aplikasi tersebut diintergrasikan dalam Flipboard bagi memudahkan kemaskini dan capaian maklumat. Apa yang menariknya, ia dipersembahkan dalam bentuk majalah yang interaktif. Pengguna hanya perlu 'flip' (pusingkan ke sebelah) aplikasi yang ingin dibuka untuk menjelajah lebih dalam. Aplikasi Flipboard adalah percuma.





Viber
Viber membolehkan anda untuk membuat panggilan, menghantar teks, dan mengirim gambar di seluruh dunia secara percuma. Suara perbualan anda boleh didengar secara jelas, dan mesej boleh dicantikkan dengan icon dan gambar yang disediakan dalam Viber. Disarankan menggunakan WiFi supaya perbualan anda lebih lama dan jelas. Viber juga adalah percuma.





4 Pics 1 Word
Aplikasi menguji minda anda dengan memberikan 4 gambar yang saling berkaitan di antara satu sama lain dan perlu disimpulkan dalam satu perkataan. 4 Pics 1 Word sangat menghiburkan dan boleh dimainkan bersama rakan anda. Jika jawapan anda tepat, anda akan diberikan 4 gambar seterusnya. Aplikasi ini boleh didownload percuma.





Drag Racing
Bagi peminat kereta, inilah aplikasi sesuai untuk anda. Permainan perlumbaan drag kereta ini menawarkan lebih kurang 50 kereta yang menarik dan berprestasi untuk dipilih. Jenama seperti Audi, Mustang, Nissan dan sebagainya boleh 'dibeli' dalam Drag Racing. Pengguna berlumba secara 1 lawan 1, menakluk kawasan ketua pelumba drag atau berlumba untuk mengutip wang bagi meningkatkan prestasi kereta. Semakin tinggi tahap perlumbaan, semakin banyak kereta boleh dipilih.





Photo Grid
Sesuai untuk mereka yang 'kaki gambar', aplikasi Photo Grid menjadikan gambar lebih menarik dan kreatif dalam bentuk kolaj. Yang menariknya boleh goncang telefon untuk menukarkan gaya layout foto anda. Apabila sudah selesai mengedit, pengguna boleh terus berkongsi pada laman sosial masing-masing.





SimSimi
SimSimi adalah sebuah robot super maju yang boleh berbual secara lucu dan sinis dengan pengguna. Hanya klik pada SimSimi untuk memulakan perbualan, kemudian taip perbualan anda. SimSimi akan menjawab percakapan anda dengan cepat, dan kadang-kadang balasan kata-kata daripada SimSimi sangat melucukan dan menyampah. Tetapi anda juga boleh mengajar balasan kata-kata pada SimSimi untuk soalan-soalan tertentu. Cubalah install, pasti terHIBUR.




Baca ini jugak :  http://iamluvit.blogspot.com/2012/12/7-aplikasi-yang-wajib-ada-pada.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...