Design MacBook Pro yang senipis 2cm! |
Trend pembelian Notebook sekarang
mementingkan notebook yang nipis dan ringan. MacBook Air merupakan salah satu
model notebook yang tergolong dalam kategori ini. Walaupun bersaiz nipis,
tetapi performance masih tiptop dan mengagumkan. Berukuran kurang dari 2cm, ia
dilengkapi dengan storan flash yang membolehkan ruang dalam notebook
dikurangkan, maka nisbah berat notebook menjadi ringan.
Cara menggunakan teknologi Multi Touch pada trackpad
|
Multi touch yang digunakapakai dalam
MacBook Air membolehkan user menggunakan trackpad dengan begitu smooth sekali,
malah fungsi klik button boleh digunakan pada mana-mana area trackpad. Tambah
menarik lagi, keyboard akan automatik bercahaya apabila berada dalam suasana
yang gelap. Ini membantu user dapat meneruskan typing walaupun dalam bilik
gelap.
Kuasa bateri MacBook Air boleh bertahan
dalam 5jam untuk model 11 inci, manakala
untuk model 13 inci boleh bertahan sehingga 7 jam. Rekabentuk body MacBook Air
yang direka khusus bagi memastikannya tahan lasak dan teguh.
Dari segi performance pula, ia menggunakan
cip microprocessor Intel i5 dan i7 yang dilengkapkan dengan grafik Intel HD
Graphics 3000. Kesannya, penggunaan program menjadi lancar, dan kualiti paparan
imej dan video juga mengagumkan. Thunderbolt port, salah satu device I/O yang
dicipta oleh Apple Inc untuk membolehkan perpindahan data yang pantas, lebih
laju 12X daripada port FireWire, lebih laju 20X daripada port USB 2.0.
Interface desktop pada OS X Lion |
Apabila membeli MacBook Air, ia
dilengkapkan dengan OS X Lion, yang merupakan latest OS. Ia datang dengan aplikasi
untuk menghantar e-mel, menguruskan jadual, membuat panggilan video dan membuat
backup secara automatik. Ia juga datang dengan app untuk membeli-belah untuk
aplikasi baru.
Bagi sesiapa yang ingin membeli MacBook
Air, harganya bermula RM 3099. Tawaran potongan harga sebanyak RM 700 ditawarkan
kepada pelajar atau pengajar yang ingin membeli MacBook Pro.
Aplikasi yang diinstall bersama dalam OS X Lion |
Untuk mendapatkannya atau mengetahui lebih
lanjut MacBook Air ini,
No comments:
Post a Comment