Apr 10, 2012

Instagram, Aplikasi Perkongsian Gambar Percuma Paling Popular


Trends terkini dunia internet sekarang adalah aplikasi Instagram. Dikhabarkan pada bulan ini (April), 30 juta accounts telah dicreate, dan sebanyak 100 juta pics telah diupload dalam Instagram. Apakah itu Instagram? Instagram adalah sebuah aplikasi perkongsian foto percuma  yang membolehkan pengguna untuk mengambil gambar secara digital, dan kemudian berkongsi pada pelbagai perkhidmatan rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter,Tumblr dan lain-lain, termasuk itu dalam web aplikasi Instagram. Dibangunkan oleh 2 orang pencipta iaitu,Kevin Systrom (sebagai CEO) dan Mike Krieger telah mengambil idea daripada trend kamera Polaroid yang melanda remaja Amerika masa dahulu untuk diterjemahkan dalam bentuk digital.

Satu ciri yang tersendiri ialah bentuk gambar adalah dalam bentuk 4 persegi, serupa dengan imej Kodak Instamatic dan POLAROID, berbanding dengan nisbah aspek 4:3 yang biasanya digunakan oleh kamera peranti mudah alih. Instagram pada mulanya disokong pada iPhone, iPad, dan iPod Touch. Namun pada awal April 2012, syarikat pembangun Instagram telah menambah sokongan untuk telefon kamera Android version 2.2 (Froyo) atau version yang lebih tinggi.

Interface aplikasi Instagram.

Untuk penguna smartphones, boleh mendownloadnya sama ada melalui iTunes App Store dan Google Play. Dan untuk pengetahuan semua pembaca blog ini, pada 9 April 2012 iaitu hari semalam, Facebook mengumumkan ia akan memperoleh keseluruhan syarikat Instagram dengan bayaran sebanyak USD$ 1 bilion dalam bentuk tunai dan saham. Lebih membanggakan lagi, pada Disember 2011 Apple Inc telah menamakan Instagram sebagi "Application of the Year" bagi tahun 2011.

Untuk mengenali dan ingin mencuba aplikasi ini, klik pada http://instagr.am

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...