Apr 26, 2012

Google Drive. Keep Everything, Share Everything


Google Inc telah melancarkan satu produk yang terbaru iaitu Google Drive. Ia merupakan sebuah aplikasi berasaskan CLOUD, di mana user boleh menyimpan data di atas talian (online). Pelbagai data boleh diupload ke dalam aplikasi Google Drive sebagai contoh dokumen kerja (word,spreadsheet,presentation), gambar, video, fail PDF dan sebagainya. Anda boleh menyimpan data di Google Drive sebagai backup, ataupun juga boleh berkongsi data dengan rakan-rakan yang lain.

          Capaian aplikasi ini boleh diakses sama ada menggunakan platform PC/Mac, iPhone/iPad (dalam proses) dan juga Android smartphone. FOY, features yang menarik dalam Google Drive ialah fungsi carian. Ia boleh membantu user mencari data di dalamnya menggunakan keyword tertentu. Ia juga boleh mencari teks di dalam dokumen atau gambar yang anda telah scan dengan menggunakan teknologi OCR (Optical Character Recognition. Google juga akan cuba mengaplikasi teknologi terbaru dalam Google Drive pada masa akan datang, iaitu gambar boleh dicari dan dikenalpasti imejnya menggunakan teknologi image recognition. Selain itu, Google juga akan berkerjasama dengan developer lain untuk menambah ciri-ciri baru ke dalam Google Drive, contohnya boleh mengedit video, menghantar fax, membina website dan sebagainya pada masa akan datang.
Simpan dan akses semula data pada Google Drive

   
     Google Drive menawarkan storan percuma sebanyak 5Gb, malah user boleh menambah storan bermula 25 GB sehingga 16TB mengikut harga yang ditetapkan. Pembayaran penambahan storan adalah mengikut bulanan, sebagai contoh jika menambah 25GB, anda perlu membayar $2.49 setiap bulan. So jumlah dalam setahun (12 bulan), maka anda perlu membayar sebanyak $29.88.

       Anda juga boleh menggunakan alternatif lain yang serupa dengan Google Drive seperti Microsoft SkyDrive, Dropbox, Apple iCloud dan Box. Setiap dari aplikasi ini memberikan pilihan storan dan harga yang berbeza di antara satu sama lain. Tepuk dada tanya selera.

Jom mencuba Google Drive dan mula berkongsi data dengan lain. Sharing is Caring :-)
Layan gak trailer Google Drive kat bawah ni.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...