Jom skodeng kat opis Google ni..bertuah la sesape keje kat sini...
Kalau la ofis saya camni, overtime pun xpe..he2
Aug 11, 2012
Jul 6, 2012
Tips Ambil Gambar Berkualiti dengan Camera Handphone
Features camera merupakan suatu kemestian
pada pengguna handphone. Kualiti kamera menjadi pengukur nilai sebelum membeli sesebuah
handphone. Handphone yang lebih mahal disertakan dengan camera yang mempunyai
Megapixel yang tinggi sebagai contoh 5MP atau 8MP, namun handphone yang
mempunyai kamera standard (1MP/2MP sebagai contoh) masih boleh menghasilkan
gambar yang menarik jika kena pada caranya.
Caranya adalalah dengan memaksimakan fungsi
camera dan teknik yang baik, antaranya:
Atur jarak kamera dengan objek yang
dicapture
Camera handphone mempunyai limitasi
keupayaan berbanding camera digital, so apabila capture gambar sesuatu objek,
pastikan jaraknya tidak terlalu jauh atau terlalu dekat.
Sila gunakan fungsi edit gambar
Camera phone mempunyai pelbagai fungsi edit
yang disertakan seperti adjust color balance, crop, clip art dan sebagainya.
Cuba gunakan dengan sebaik-sebaiknya.
Maksimakan Resolusi Camera phone
Kalau resolusi paling tinggi 2MP, setkan
2MP. Ini memberikan kualiti terbaik bagi imej yang ditangkap nanti.
Keseimbangan objek
Susun objek dengan teratur mengikut
kesesuaian,contohnya tangkap gambar secara berkumpulan. Bagi arahan atau susun
sendiri objek tersebut
Zoom bila PERLU
Fungsi zoom mungkin memudahkan gambar
diambil, namun cara manual dengan mendekatkan camera dengan objek lebih
berhasil.
Lensa Bersih, Gambar Jelas
Pastikan lensa camera tidak ditutupi habuk
sebelum capture gambar. Kebersihan separuh daripada iman J
Jangan Goyang-Goyang, Tegap sikit.
Semasa menangkap gambar tu jangan nak goyang
badan atau tangan nak menggeletar, pastikan kedudukan stabil supaya imej tidak
kabur.
Jangan DELETE dulu
Walaupun imej yang ditangkap tidak
memuaskan, jangan cepat deletenya. Transfer dulu ke PC, kemudian guna software
macam Adobe Photoshop, edit semula bagi menarik.
Lighting itu PENTING
Pencahayaan yang cukup amat membantu dalam
menangkap gambar. Pastikan cahaya cukup, terutamanya masa shoot indoor (dalam
rumah, pejabat,bilik)
Wide View, Hawk View, Worm View, Close Up
Contoh diatas merupakan sudut pandangan
yang boleh diaplikasikan dalam menangkap gambar. Kalau gambar pemandangan,
sesuai gunakan wide view. Kalau gambar portrait, gunakan Close Up view. Cuba
dan cuba lagi.
QR Code: new way information spreads
Pernahkah anda lihat imej seperti kat
bawah ni kat mana-mana tempat?
![]() |
contoh QR code |
Ya?Pernah? Ok, ini adalah QR Code atau singkatan
kepada Quick Response Code. QR code adalah cara baru yang digunakan untuk
menyebarkan sesuatu maklumat dalam nilai yang kecil. QR merupakan teknologi
yang diupgradekan dari teknologi lama iaitu barcode( siri garis dan nombor).
Dimulakan oleh Negara Jepun, QR code telah digunakan meluas sebagai suatu
medium perantara maklumat. Maklumat seperti produk,filem, kereta malahan
maklumat peribadi boleh disimpan dalam BR code, dan kemudiannya discan oleh
aplikasi QR reader untuk diterjemahkan kembali maklumat tersebut.
Kelebihan QR code berbanding barcode adalah
lebih banyak data boleh disimpan seperti links url, koordinat geografi dan juga
teks. Selain itu, proses scan maklumat dalam QR code tidak memerlukan device
tertentu, hanya menggunakan aplikasi QR reader yang boleh diinstall dalam
phone, tablet dan sebagainya. Yang menariknya, sesiapa sahaja boleh mencipta QR
code sendiri dengan menggunakan aplikasi QR Generator. Ini sangat membantu
pemasaran sesuatu produk dengan pantas dan meluas.
![]() |
Nak tampal kat baju pun boleh.. |
QR code sebagai medium pemasaran?
Jika anda usahawan, businessman,salesman
atau sesiapa sahaja yang menceburi bidang perniagaan, QR code merupakan medium
yang efektif dalam memajukan perniagaan. Informasi seperti product details, no.
contact atau URL links boleh dimasukkan dalam QR code tersebut. Malahan, jika
QR code dicetak pada business card anda, customer boleh terus memasukkan
informasi berkaitan (nama, no telefon, company, business type, product) ke
dalam telefon mereka dengan hanya mengscan QR code pada business card tersebut.
![]() |
Business card yang disertakan QR code. |
Malahan, implementasikan QR code pada iklan
cetak, flyers, poster, iklan TV dan sebagainya.
Untuk lebih memahami keupayaan QR code, jom
layan video ini…
37 contoh penggunaan QR
Subscribe to:
Posts (Atom)