Apr 26, 2012

iPad 2 VS iPad 3..the winner is???


Tengah fikir ni, nak beli iPad 2 ke, iPad 3.emmm
kalau iPad 2 VS iPad 3, siapakah pemenangnya? Jom tengak perbandingan kat bawah ni.


Features
iPad 2
iPad 3 (2012)
Winner
Firmware OS
Guna iOS 4, boleh upgrade ke  iOS 51
Guna  iOS 5.1
iPad 3
Dimensions
9.5×7.31×0.34 inci,  berat 601 gram
9.5×7.31×0.37 inci, beratnya 653 gram
iPad 2
Display
Max resolution 1024×768 pixels
Max  resolution 2048×1536 pixels
iPad 3
Camera
Basic camera  1 Mp yang mampu untuk merakam video HD 720p. Ia mempunyai auto fokus dan juga mempunyai kamera VGA kat depannya.
Ia mempunyai 5 MP kamera dan mampu merekod HD pada 1080p bersama-sama dan juga mempunyai kamera VGA kat depannya.
iPad 3
Processor
Dikuasakan dengan 1 GHz A5 pemproses dual core dengan dual core GPU
Dikuasakan teras 1GHz pemproses dwi A5X dengan quad core GPU.
iPad 3
Storage
16GB, 32GB dan 64GB varian memori
16GB, 32GB dan 64GB varian memori
iPad 2 = iPad 3
Expansion slot
Tiada
Tiada
iPad 2 = iPad 3
Connectivity
Wi-Fi (802.11 b/g/n) bersama Bluetooth 2.1
Wi-Fi (802.11 b/g/n) bersama Bluetooth 4.0
iPad 3
Battery power
Li-Po 25 Wh
Li-Po 42.5 Wh
iPad 3
Cellular options
Support 3G
Support 4G
iPad 3
Pricing detail
Bermula RM 1119 untuk  16GB
Bermula RM 1499 untuk 16GB
iPad 2
Cloud Services
Yes
Yes
iPad 2 = iPad 3
Siri
Tiada
Tiada
iPad 2 = iPad 3


Maka pemenangnya adalah iPad 3. Settle.

Google Drive. Keep Everything, Share Everything


Google Inc telah melancarkan satu produk yang terbaru iaitu Google Drive. Ia merupakan sebuah aplikasi berasaskan CLOUD, di mana user boleh menyimpan data di atas talian (online). Pelbagai data boleh diupload ke dalam aplikasi Google Drive sebagai contoh dokumen kerja (word,spreadsheet,presentation), gambar, video, fail PDF dan sebagainya. Anda boleh menyimpan data di Google Drive sebagai backup, ataupun juga boleh berkongsi data dengan rakan-rakan yang lain.

          Capaian aplikasi ini boleh diakses sama ada menggunakan platform PC/Mac, iPhone/iPad (dalam proses) dan juga Android smartphone. FOY, features yang menarik dalam Google Drive ialah fungsi carian. Ia boleh membantu user mencari data di dalamnya menggunakan keyword tertentu. Ia juga boleh mencari teks di dalam dokumen atau gambar yang anda telah scan dengan menggunakan teknologi OCR (Optical Character Recognition. Google juga akan cuba mengaplikasi teknologi terbaru dalam Google Drive pada masa akan datang, iaitu gambar boleh dicari dan dikenalpasti imejnya menggunakan teknologi image recognition. Selain itu, Google juga akan berkerjasama dengan developer lain untuk menambah ciri-ciri baru ke dalam Google Drive, contohnya boleh mengedit video, menghantar fax, membina website dan sebagainya pada masa akan datang.
Simpan dan akses semula data pada Google Drive

   
     Google Drive menawarkan storan percuma sebanyak 5Gb, malah user boleh menambah storan bermula 25 GB sehingga 16TB mengikut harga yang ditetapkan. Pembayaran penambahan storan adalah mengikut bulanan, sebagai contoh jika menambah 25GB, anda perlu membayar $2.49 setiap bulan. So jumlah dalam setahun (12 bulan), maka anda perlu membayar sebanyak $29.88.

       Anda juga boleh menggunakan alternatif lain yang serupa dengan Google Drive seperti Microsoft SkyDrive, Dropbox, Apple iCloud dan Box. Setiap dari aplikasi ini memberikan pilihan storan dan harga yang berbeza di antara satu sama lain. Tepuk dada tanya selera.

Jom mencuba Google Drive dan mula berkongsi data dengan lain. Sharing is Caring :-)
Layan gak trailer Google Drive kat bawah ni.




Apr 14, 2012

MacBook Air Ultimate Thin,Faster Notebook




Design MacBook Pro yang senipis 2cm!
 Trend pembelian Notebook sekarang mementingkan notebook yang nipis dan ringan. MacBook Air merupakan salah satu model notebook yang tergolong dalam kategori ini. Walaupun bersaiz nipis, tetapi performance masih tiptop dan mengagumkan. Berukuran kurang dari 2cm, ia dilengkapi dengan storan flash yang membolehkan ruang dalam notebook dikurangkan, maka nisbah berat notebook menjadi ringan.

Cara menggunakan teknologi Multi Touch pada trackpad



Belakang keyboard akan bercahaya jika berada dalam suasana gelap
Multi touch yang digunakapakai dalam MacBook Air membolehkan user menggunakan trackpad dengan begitu smooth sekali, malah fungsi klik button boleh digunakan pada mana-mana area trackpad. Tambah menarik lagi, keyboard akan automatik bercahaya apabila berada dalam suasana yang gelap. Ini membantu user dapat meneruskan typing walaupun dalam bilik gelap.

Kuasa bateri MacBook Air boleh bertahan dalam 5jam untuk model  11 inci, manakala untuk model 13 inci boleh bertahan sehingga 7 jam. Rekabentuk body MacBook Air yang direka khusus bagi memastikannya tahan lasak dan teguh.

Dari segi performance pula, ia menggunakan cip microprocessor Intel i5 dan i7 yang dilengkapkan dengan grafik Intel HD Graphics 3000. Kesannya, penggunaan program menjadi lancar, dan kualiti paparan imej dan video juga mengagumkan. Thunderbolt port, salah satu device I/O yang dicipta oleh Apple Inc untuk membolehkan perpindahan data yang pantas, lebih laju 12X daripada port FireWire, lebih laju 20X daripada port USB 2.0.

Interface desktop pada OS X Lion

Apabila membeli MacBook Air, ia dilengkapkan dengan OS X Lion, yang merupakan latest OS. Ia datang dengan aplikasi untuk menghantar e-mel, menguruskan jadual, membuat panggilan video dan membuat backup secara automatik. Ia juga datang dengan app untuk membeli-belah untuk aplikasi baru.

Bagi sesiapa yang ingin membeli MacBook Air, harganya bermula RM 3099. Tawaran potongan harga sebanyak RM 700 ditawarkan kepada pelajar atau pengajar yang ingin membeli MacBook Pro.

Aplikasi yang diinstall bersama dalam OS X Lion

Untuk mendapatkannya atau mengetahui lebih lanjut MacBook Air ini, 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...