Samsung Galaxy Note 5
Smartphones unggul dengan Pen S, resolusi QHD dengan Super AMOLED, ciri multitasking yang sempurna, kualiti imej terjamin sangat cantik berserta penggunaan jangka hayat bateri yang lama.
Kelemahan
- Harga yang mahal
- Binaan kaca tidak menjamin ketahanan seperti binaan aluminium
Samsung Galaxy S6
Satu lagi smartphones terbaik daripada Samsung. Menggunakan dua gabungan binaan iaitu aluminium dan kaca telah menghasilkan satu rekabentuk terbaik dalam kelasnya. Kameranya menghasilkan kualiti imej yang setanding iPhone, serta fingerprint scannernya yang sangat pantas.
Kelemahan
- Jangka hayat bateri yang sederhana sahaja
- Binaan kaca dibelakang badannya yang mudah tergelincir dari genggaman
LG G4
Merupakan rekaan unggul daripada LG, ia dilengkapi dengan kawalan manual kamera yang menyerupai DLSR, lebih pantas, serta memiliki kemasan kulit di bahagian belakangnya. Sesuai untuk mereka yang bergaya dan uptrend.