Sep 11, 2014

Sony Xperia Z3- Siri Terbaik Daripada Sony





Kenapa blog iamluvit memilih tajuk post kali ini Sony Xperia Z3- Siri Terbaik Daripada Sony? Kerana Sony telah menlancarkan 3 produk rangkaian terbaik untuk pengguna iaitu Sony Xperia Z3, Sony Experia Z3 Compact dan Sony Xperia Z3 Tablet Compact. Setiap satunya mempunyai pasaran berbeza yang disasarkan oleh pihak Sony.





           Untuk  Sony Xperia Z3, ia merupakan smarphones premium dan paling canggih yang ditawarkan oleh Sony kepada pengguna. Dilengkapi dengan cip pemprosesan 2.5 GHZ empat teras Snapdragon 801, RAM 3 Gigabyte , storan dalaman 16 Gigabyte dan bateri sebesar 3100 mAh. Skrinnya pula ialah 5.2" Full HD (1920x1080 pixels), senipis 7.3 mm dan beratnya hanya 152 grams. Kamera belakang 20.7 MP dengan auto focus, 2.2 MP kamera hadapan dan nilai ISO menjangkau ISO12800. Sudah tentunya kualiti gambar sangatlah cantik dan berkualiti. Ditambah pula dengan kalis air dan debu (IP65 dan IP68), sememangnya Sony Xperia Z3 antara kelompok smartphones terbaik. Terdapat 4 pilihan warna bagi Sony Xperia Z3 iaitu putih, hitam, hijau dan tembaga.






          Adik Xperia Z3, Xperia Z3 Compact pula mempunyai skrin 4.6″ LCD IPS Triluminos. Pemproses masih lagi sama dengan abangnya iaitu 2.5 GHZ empat teras Snapdragon 801, RAM 2GB dan storan 16 Gigabyte. Kamera belakang juga 20.7 MP dan 2.2 MP kamera hadapan. Walaupun tak segah Z3, ia juga boleh mengambil video resolusi 4K.  Saiz bateri dibekalkan untuk Z3 Compact berkurang sedikit iaitu hanya 2600 mAh.Pilihan warna Z3 Compact ada 4 pilihan iaitu putih,hitam,hijau dan oren






         Produk terakhir sekali dalam famili Z3 ialah Sony Xperia Z3 Tablet Compact. Merupakan tablet ternipis (hanya 6.8mm) dan teringan(240g). Ditambah pula dengan ciri-ciri kalis air dan debu, ia merupakan tablet terbaik (mungkin no.1) dalam kelompok tablet yang berada di pasaran. Skrinnya yang berukuran 8"  dengan TRILUMINOS™ Display serta cip pemprosesan Qualcomm® Snapdragon™ 2.5 GHz empat teras sangat sesuai untuk aspek hiburan dan juga kerja. Dari segi memori pula, ia didatangkan dengan 3GB RAM, storan 16GB/32GB dengan slot memori tambahan sehinngga 128GB. Sony Xperia Z3 Tablet Compact ini mempunyai jangka hayat menunggu sehingga 990 jam, kerana diletakkan kuasa bateri 4500mAh. Sony Xperia Z3 Tablet Compact disokong PS4™ Remote Play yang membolehkan kawalan terhadap PlayStation 4 menggunakan sambungan WiFi. Pilihan warnanya hanya ada dua sahaja, iaitu hitam dan putih.





Sumber: Sony Malaysia

Generasi Baru Moto G dan Moto X

Motorola telah memperkenalkan generasi baru bagi smartphones mereka iaitu Moto G dan Moto X. Tekaan awal mengatakan generasi baru ini menggunakan nama berbeza namun Motorola masih mengekalkan nama lama namun prestasi dan spesifikasi telah dipertingkatkan. Apakah perubahan tersebut? Blog iamluvit akan mengulas untuk pembaca.


Moto G


Skrin
Moto G telah diperbesarkan kepada 5" namun masih mengekalkan resolusi 1280X760. Ini menghasilkan 292dpi.

Speaker
Kini kedudukan speaker diubah ke hadapan dengan kualiti stereo, bermakna audionya lagi bertambah baik.

Kamera
Kamera belakang kini 8Mp berbanding dengan 5Mp pada model lama. Manakala kamera hadapan telah menjadi 2Mp

OS Android
Moto G generasi baru telah sedia dibekalkan dengan OS Android paling terkini iaitu Android Kitkat 4.4.4

Storan
Secara official dari website Motorola, hanya terdapat 8GB storan pada Moto G tetapi kini disertakan slot micro SD untuk penambahan data.

Sep 6, 2014

Gajet terbaru daripada Samsung

Samsung telah melancarkan beberapa produk terkini pada acara IFA 2014 untuk menarik pengguna ke arah memiliki produk mereka. Antara produk terkini dan semestinya lebih canggih ialah Samsung Galaxy Note 4, Samsung Galaxy Note Edge, Samsung Gear VR, Samsung Gear S, Samsung Galaxy Tab Active dan Samsung Multifunction Printer Smart MultiXpress. Mari kini kenali satu persatu produk baru Samsung ini.



Samsung Galaxy Note 4




  • Merupakan generasi ke-4 untuk model Galaxy Note
  • Menggunakan rekaan berasaskan logam
  • Skrin berukuran 5.7" dan boleh memaparkan display 2K
  • Skrin Super AMOLED Quad HD ( 2560×1440 pixel,)
  • Storan bermula 32GB dengan sokongan kad memori 
  • Warna pilihan hitam, putih, emas, dan juga merah jambu. 
  • Kamera dipertingkat ke 16 Megapixel
  • Fungsi window multitasking boleh ubah laras(fullscreen,popup,split dan icon)
  • Dilengkapi sensor denyutan jantung dan OIS(Optical Image Stabilization)
  • Fungsi Wide Selfie( gambar grop selfie ditangkap dalam bentuk panorama)
  • Pengecasan pantas (30 minit boleh mengecas 50% bateri)
  • Antaramuka TouchWiz terbaru, yang lebih kemas dan ringkas
  • Rakaman suara lebih jelas dengan adanya noise cancelation


 Samsung Galaxy Note Edge




  • Smartphone Samsung pertama dengan skrin melengkung di tepi
  • Pilihan alternatif dalam keluarga Galaxy Note
  • Saiz 5.6" Super AMOLED Quad HD
  • Notifikasi boleh dipaparkan pada tepi skrin melengkung
  • Ekslusif untuk pasaran tertentu
  • Kamera belakang 16-megapixel OIS, dan kamera hadapan 3.7-megapixel.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...